Khamis, 20 Januari 2011

Bihun Sup Ayam

Tengahari ni lunch dengan bihun sup plak. Takkan hari2 nk makan nasi yer tak? So..sesapa yang tak lalu/jemu/boring makan nasi tu, meh kita makan bihun sup sama2 yer !!

ekceli ni sebenarnya bihun soto. Tapi bihun soto yang takde bergedil. Dan digantikan dengan fishball dan tauhu goreng. Bantai ler labu


Resipi copy dr umah Kak Ina KL. TQ.

Bahan-bahan
1 ekor ayam, dipotong 8
50gm rempah soto (takde, gantikan dengan rempah kurma je)
Air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup
10 biji bawang merah
8 biji bawang putih
3cm halia, dihiris halus
2 batang serai-titik hujung
1inci lengkuas
5 biji buah keras

Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 biji lada hitam
1 camca teh lada putih
4 biji bawang merah-di hiris

Bahan tabur
Taugeh, dicelur sedikit
bihun secukupnya
Suhun, digoreng
Kacang tanah, digoreng
Daun sup & daun bawang, dihiris halus
Bawang goreng
Sambal kicap (* Goreng cili api bersama 1 biji bawang putih (20 biji). Tumbuk atau kisar cilipadi, tuangkan kicap manis secukupnya, perahkan jus limau kasturi)

Cara-cara
1. Tumis bahan penumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau bersama serai.
2. Masukkan pula bahan kisar dan rempah soto dan biarkan sebentar sambil di kacau.
3. Masukkan ayam dan air secukupnya dan rebus sehingga 10-20 minit,
4. Perasakan dengan garam dan keluarkan ayam. Setelah ayam masak, keluarkan dan toskan.
5. Goreng ayam sekejap dan biarkan sejuk. (kalau tak nak pun tak per)
Siat-siat isi ayam dan ketepikan.
6. Tulang-tulang boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sup kepada yg suka.
7. Hidangkan bersama bihun, pergedil daging, taugeh, suhun goreng, kacang goreng, bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap.




Ok...nk rehat jap laa....

5 ulasan:

Norasikin berkata...

Kegemaran anak saya ni, masakan yang bersup. Sawi masak air pun dia bedal jugak sampai kering airnya. kalau sup mcm dlm gambo tu, mau jilat periuk

Cendana Kasih berkata...

Mknace- ni bukan terbaik tp termalas (bg akak ler..sbb hari ni takde mood nk masak nasi/lauk pauk)

Norasikin-Best la kalo anak suka makan sup, anak akak ni masak apapun makan ciput jer.. sekadar nk ambik hati mak diorang jer..ermmm... tension gak kengkadang...

Miss Shizu berkata...

meleleh air liur beb..huu...balik ni nak kene p pasar malam jap cari bihun sup..huu

Mas berkata...

sedapp tu..letak sambal kicap lebih...perhhh

Nadz Nazharzan berkata...

Salam tuan rumah.
Nak semangkuk... Letak cili kicap tu lebeh2 ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...