Isnin, 24 Januari 2011

Roti Sudah Kembali

Akhirnya...setelah beberapa bulan berehat, akhirnya breadmaker aku kembali memulakan tugas (rasanya hampir 4-5 bulan cuti kot) Hari ni entah kenapa mood roti kembali lagi. Walaupun badan masih demam, tp hasrat meroti tetap tinggi.

Nasib menyebelahi aku. Yis yang dibancuh dengan air cepat jer hidupnya. Apalagi, terus on breadmaker. Tapi...pemutar breadmaker ni ada masalah sikit. Tu yang takde mood nk guna tu. Pemutarnya asyik tercabut jer bila kena doh yang agak keras. Tu yang frust tu !!!

Kali ni aku tambah sedikit oat. Lembut dan gebunya macam biasa jugak. Takde apa2 beza pun. 

Buat roti biasa jer. Dalamnya inti kelapa. Kalo ke kedai pun, inilah roti yang slalu aku beli pun.

Untuk anak2, tentulah roti sosej. Disebabkan dh kehabisan stok cheese, so aku cuma pancut mayonis dan sos cili jer. Takde mix vege sbb diorang tak makan sayur.

So....hidangan minum petang dh selesai. Fuh...lega.. tak payah buat kuih lain dh..

3 corat coret:

Nieza berkata...

assalam kak, wah cantik dan gebus roti akak ni....baguslah cik bm tu kerja blk sian dia lama dh berehat tu...hehe

Mimiey.. (^-^) berkata...

roti kak noor sgt elok naiknye..kak noor guna resepi yg mana??? sbb lawal kejadiannya...

Cendana Kasih berkata...

Nieza, Mimi- ni respi saya sendiri. Guna 250 gm tepung roti..bahan lain sebiji telur, sedikit butter, gula, yis, bread improver dan bread softner. Campak semua bahan dalam bm, pastu biar dia buat sendiri. Lepas doh naik, tumbuk keluarkan angin...dah bentuk ikut suka. Itu jer..takde respi rahsia !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...