Rabu, 12 Januari 2011

Chicken Chop with Grill Vege

Lagi menu diet? ohh...takdelah...ni menu penyedap rasa. Sapa tak suka makan ayam kan. Kali ni bersama sayur-sayuran panggang dan sup cendawan Cambell.  Istimewa kan..rasanya lagilah ummph...

Boring makan nasi siang sampai ke malam, kali ni buat chicken chop plak. Ayamnya dipanggang (resipi sihat lagi...hehehe) Ayamnya diperap dengan lada sulah, sedikit garam dan serbuk megi cukup rasa selama 1-2 jam. Kemudian panggang atas bara api. Sampai masak yer...  Kali ni tak payah nk panggil bomba, sbb my Jebat hidupkan arang dan panggang kat luar. Fuh,, bau menusuk ke seluruh barisan...hahaha...ambik bau je lah korang...hehe

Ni pandangan dari pinggan aku. Ada sayur salad. Orang lain tak suka salad ni..aku makan ngan mayonis (errrr..sihat ke tu?? kehkehkeh) Masa mula2 memanggang ayam tu, aku tengok macam kecik jer ayam tu. Cakap ngan Jebat "tak cukup ni bang" ... tp Jebat tu diam jer... Aku terus masuk dalam rumah dan goreng plak fun fries. Kengkonon nk tambah makanan laaaa

Inilah dia Grill Sayuran. Resipinya aku ambik dari salah satu rancangan masakan kat tv. Mula2 sediakan semua sayur-sayuran yang sudah dipotong (aku letak carrot, brocoli, bawang holand, dan kentang) Letak dalam satu bekas/plate, Kemudian, taburkan lada sulah, garam, paprika dan serbuk megi secukup rasa. Renjiskan minyak zaitun di sekeliling sayur-sayuran tadi. Masuk dalam oven dan bakar sampai masak. Sayur-sayuran spt bawang dan brocoli akan masak dulu. So keluarkan mana yang dah masak dan sambung bakar yang lain. Selalunya kentang lah yang lambat masak pun.

Ni pandangan dari pinngan Jebat. Siap dengan fun fries lagi. Tapi akhirnya kami tak makan pun fun fries tu...sbb dh kenyang...itu ler, orang tamak.


Ok... Jemputlah makan semua yer... aku nk tengok tv ni. Jumpa lagi esok yer... Wassalam !!!!

5 corat coret:

Nieza berkata...

Salam Kak, sedap ni saya suka mkn ni...:)

Noorma Ismail berkata...

Niza...silalah datang ke rumah..gerenti akak masak special punya untuk Nieza cayang...hehehe

manna_salwa berkata...

sedapnye.. lapo tibe2..
(^_^)

Mas berkata...

menggoda betul chicken chopp tu...nak sepinggan....

coodeang berkata...

Gunakan grill tu dah kira berkhasiat la cuma kurangkan penggunaan bahan-bahan segera seperti sos cambell, mayonis, secukup rasa dan apa-apa sahaja yang ada msg. Sos cendawan tu boleh buat sendiri dengan senang la. tak caya boleh belek dalam blog saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...