Jumaat, 7 Januari 2011

Apam Salju Plus Eno

Selamat Petang buat semua. Hari ni ber'eksperimen' dengan apam. Sib baik menjadi, dan inilah hidangan minum petang di kala suram ini...sejuk jer, hujan renyai2 yang tak berapa lebat. Andai rintiknya terkena badan, pasti boleh mengundang sakit kepala.

Gabungan Resipi apam salju dan apam eno. Buat ikut style mak mertua aku. Cara dia, air gula perlu dimasak dengan daun pandan. Ini membangkitkan bau wangi daun pandan pada apam tu.

Dan, aku tambah plak dengan eno. Lagilah bertambah lembut dan halus strukturnya.



Bahan-bahan
* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 2 cawan gula pasir (boleh kurangkan manisnya)
* 2 1/2 cwn air
* 2 sudu kecil yis (mauripan)
* 1 paket eno (paket biru)
* 2 helai daun pandan
* kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara
1. Masak gula bersama daun pandan. Tapis dan sejukkan airnya. Kemudian, blend nasi dan air gula sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Masukkan tepung.
3. Aduk rata dan simpan dalam bekas.
4. Perap selama 3 jam
5. Bila adunan dh naik, masukkan eno. Kacau rata dan bahagikan adunan. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang disukai.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Disebabkan harga kelapa dh naik, so takde lah makan ngan kelapa parut...kehkehkeh...ekceli tak sempat pun nk beli kelapa parut. Malas nk kuar rumah ujan2 cenggini :)

Pesanan mak mertua aku: Kalo nk apam yang naik elok dan kembang, jangan sapu minyak pada acuannya. Yelah... dh cuba tak sapu minyak pada acuan..mmg mekar dan elok jer naiknya. Mula2 tu tak nak ler cuba, yelah takut apam melekat pada acuan..tu yang tak brani ambik risiko tuh...

4 corat coret:

Mas berkata...

memang nampak gebu dan lembut la kak......aarrrgghhh...tak tahan tengok apammm...sukaa...

AZLITA AZIZ berkata...

sedapnyer apam ... ita mmg suka apam... cantik dan lembut aje colour dia...

Sofea berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
dark r0se berkata...

nak jugak sis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...