Selasa, 11 Januari 2011

Kerabu Mangga Daging Salai

Salam semua. Hari ni buat kerabu mangga. Teringin jugak..tp tak boleh la makan benda2 masyam ni.. berkerut kening aku...

Tapi inilah entri berasaskan buah mangga yang terakhir untuk tahun ini...sedihnya...


Resipi kerabu mangga
-2 biji mangga- dikupas kulit dan diparut halus
-3 ulas bawang merah kecil-dihiris halus
-2 ulas bawang putih*
-5 biji cili padi*
-udang kering secukupnya * ketiga2 bahan ini ditumbuk bersama
-kacang tanah- digoreng dahulu dan ditumbuk kasar
-jus limau-klau kurang masam buah mangga, boleh ler letak.
-cili merah-dihiris halus
-sos nampla/sos ikan
-gula, garam
-bijan-disangai dahulu
-daging salai secukupnya

Cara-cara

Daging salai dihiris nipis2 dan ketepikan
Dalam bekas, satukan bahan-bahan yang ditumbuk dan tambah sos ikan
Kacau rata.
Masukkan mangga dan daging salai. Gaul lagi
Tambah garam dan gula
Sebelum dihidangkan, tabur dnegan kacang tanah yang ditumbuk dan bijan. Siap



Aku buat sikit jer, yelah sbb aku jer yang makan. Kes dhh teringin sangat. Esok lusa jangan rindu-rinduan lagi.

Inilah dia mangga terakhir untuk tahun ni...sedihnya.


Yaaa....inilah sebabnya mengapa aku sedih. Pokok mangga aku terkena serangan ulat pada daunnya. So Jebat pun ambik keputusan untuk gondolkan pokok ni, dengan harapan dia akan bertunas dan keluarkan daun baru. Ermmm...harap2 begitulah yer.. Pokok mangga dihadapan rumah pun sama. Tapi yang itu tak kena serangan ulat, tp my Jebat cantas dahannya agar tak tumbuh meninggi. 
Harapan aku cuma satu, semoga pokok mangga tumbuh segar semula dan dapat mengeluarkan buah lagi. Jika tidak, terpaksa lah beli jer kat pasar yang harganya agak mahal la jugak...

(abaikanlah permandangan sekitar pokok mangga tu yer...pokok ni betul2 kat tepi kolam ikan kami...kat belakang tu plak sungai...dan permandangan kat atas tu ialah Lebuhraya KL-Putrajaya. Yang dalam pasu kecik warna biru tu ialah pokok lada hitam aku. Baru nk menjalar... )

9 corat coret:

optionshif3 berkata...

woii sodap tue...kecur air liur...

Kak Rose berkata...

betul kecur air liur... siap ada daging salai lagi...

Mr. Mama berkata...

mangga tu cicah dengan kuah rojak mmm...sedap

Mas berkata...

kecurnya tengok.....
patut la akak sedih..buah yg last rupanya..tak pe kak..tanam pokok lain.he..he...

@cu SaYaNg berkata...

terliur acu tgk kak

Nieza berkata...

sedap ni kalau mkn nasi sure bertambah ni...hehe

Naz berkata...

Salam orang di Puncak Jalil..

Air liur dah meleleh tgk mangga tu..
Naz suka semua jenis kerabu buah-buahan..emmm..lazat..

hans berkata...

sedapnya kerabu mangga

P/S : Mak Nih Bisinglah!!!! Cuba Mak Diam Sikittt!

Norasikin berkata...

Tengok gambar pun dah rasa ngilu. Masyamnyee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...