Isnin, 10 Januari 2011

Cendawan Goreng Krispi

Selamat Petang. Sejuk jer petang ni..macam kat obersea la plak...sebabnya kami dok dalam suhu 17'c ni..

Sambil layan Majika (ABO 915) aku goreng cendawan tiram ni. Hajat mmg nk beli kat Mr Kulat kat pasar malam hari Jumaat dan Ahad, tp orang tu tak niaga la plak. Frust..tu yang buat sendiri ni..


Cuma guna Tepung Goreng Kentucky jer. Caranya, cairkan sebahagian tepung tu dengan air. Bancuh ala2 nk buat goreng pisang. Sebahagian lagi biar dalam pinggan.

Kemudian, celup cendawan dalam adunan tepung tu tadi. Kemudian, salutkan plak pada lebihan tepung kentucky. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Siap !!! makan ngan sos cili.


*Kalo korang nk celup telur pun boleh gak. Tak salah !!!

Ok..slamat menjamu selera.

2 ulasan:

Mas berkata...

kak...mas pun selalu goreng cendahwan guna tepung goreng kentucky...sedapp kan...rakyat jelata kt rumah mas suka sangat.....makan mcm tu jer dah sedapp...
tak kira, nak ambik gak cendahwan ni sepinggan....
ni haa..mas bawakan kuih bakar...he..he..

Suzi berkata...

noorma,
dtg bawa piring ni....terbau2 cendawan goreng sampai ke Tronoh hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...