Khamis, 27 Januari 2011

Homemade Strawberry Yogurt

Aloo...my dinner tonight- strawberry yogurt. Errm...diet ke? ish ...idak ler... setakat rehatkan gusi dan gigi. Gusi dah bengkak kembali. So pesan doktor kena rehatkan dari makan benda2 keras. So..jangan nk kata aku diet sbb nk dapat badan mcm Samantha Shubert yer..hehehe...


Homemade Yogurt
(sumber : www. recipezaar.com)

Bahan-bahan :
1 quartz susu
1/4 cawan yogurt perisa asli (starter)
3/4 cawan susu tepung tanpa lemak
strawberry essence & emulco - *ni aku tambah

Cara Membuatnya :
1. Satukan susu dan susu tepung dalam periuk. Panaskan ke suhu 100 - 150 darjah F.
2. Apabila ia hampir mendidih, angkat dari api dan sejukkan dalam bekas berisi air sejuk atau air batu.
3. Satukan air susu tadi dan yogurt perisa asli. Yogurt starter ini boleh beli yang readymade di pasaraya. Ia berperanan sebagai ibu yogurt kerana telah ada bakteria didalamnya. Ia akan membiak dalam susu yang baru itu.
4. Tuang campuran itu dalam bekas tupperware atau periuk yang bersih dan simpan di tempat yang hangat bersuhu 115 darjah F selama 6 jam atau lebih. Anda juga boleh menyimpannya dalam oven.Caranya ialah panaskan oven ke suhu 275 darjah F dan padamkan apinya.Masukkan periuk kedalamnya dan biarkan ia disitu beberapa jam.
5. Setelah yogurt menjadi pekat, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.


Ok..sampai sini dulu. Jamu mata dulu yer..

5 ulasan:

Mas berkata...

sedappnya.......

Bee berkata...

dah lama cari cara nk buat yougurt nih thankss...

Hani berkata...

wah ni kena try nih..
hari tu sy buat dadih jagung..hehhe

akak nk mintak tolong leh x?
akak ade x link yg roti jala buat dr botol sos tu? habis saya gode akak nye blog..smp lapo tgk makann..hahah tolong yer kak...

Cendana Kasih berkata...

Puan Bee -sama2... selamat mencuba

Hani- akak dh email kat haniguess@yahoo.com

Hani berkata...

yeahhhhhhhhhhhhhhh
akak rock!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...