Isnin, 3 Januari 2011

Kek Batik Merie Nestum

Salam semua. Hari ni bz sikit. Mula2 uruskan Irfa ke tadika. Seawal 7.30 pagi dh siap, tp ustazah dia plak terlupa datang ambik.So tunggu punya tunggu sampai la pukul 8 lebih. Kemudian kami pegi sekolah Along plak, bayar yuran. Perut masih tak isi lagi ni. Cadangnya nk breakfast kat kedai mamak jer. Sblm tu singgah jap kat My Maiden, beli lauk2. Alaaa...barangnya plak tak fresh. Ayam pun dh berbau busuk. So cancel beli kat My Maiden, patah balik ke Giant Kinrara. Perut dh bunyi, singgah jap breakfast kat Medan Selera Kinrara. Jebat makan nasi campur bersama nescafe panas, aku plak ambik kuetiau sup dan limau suam.

Selesai makan, terus ke Giant Kinrara. Tengah beli ayam, itu ini, Si Ryan plak tertido dalam troli. Terus ler balik rumah. Sampai rumah dh 11 lebih. Duduk kejap, pas tu Jebat pi ambik Irfan dari tadika. Aku plak macam malas jer masak, buat kek Batik dulu.

Huh..letih sungguh ari ni. Masak pun ala kadar jer. Mujur sblm keluar tadi dh masak nasi dan keluarkan ikan. So balik ni senang jer, terus masak.


Tergoda sungguh bila tengok Izah tayang kek batik dia beberapa hari lalu. Aku mmg peminat kek batik, tp tak brapa pandai nk buat. Dulu dh pernah buat sekali, menjadi ler jugak. Kali ni respi lain plak.Ada letak nestum.

Biskut Batik Merie Nestum
Disalin dari: Izah Muffin Lover

1 paket biskut merie (200g)
1/2 cawan milo
2 sudu serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2 susu marjerin
1 biji telor
1/2 cawan fresh milk/susu cair
1/2 cawan nestum

Cara-cara
• - Pecah2kan biskut merie tu
• - Cairkan marjerin atas api
• - Masukkan semua bahan2 lain gaul sebati hingga pekat
• - Masukkan biskut merie
• - Tutup api letak adunan dalam loyang tekankan hingga mampat
• - Masuk esbok sampai keras baru potong.



Dah tak sabo nk makan. Nampak keras jer sikit terus keluarkan dari esbox. Atas tu masih melekit, so aku golek dengan kelapa parut kering. Waaa...rasanya lagi sedap dan tak melekat antara satu sama lain bila disimpan dalam tupperware.


Ok...sampai sini dulu. Hujan lebat la plak. Anak dara sorang tu belum balik lagi. Nak siapkan meja untuk makan tengahari. Bye !!!!

2 ulasan:

izahdaut berkata...

good idea kak letak kelapa kering...musti makin sedp kan..

Mas berkata...

pandai akak tmbh klpa kering...lgi sedapp kan kak....terliur tau tengok kek tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...