Sabtu, 1 Januari 2011

Pizza Mama

Mendung jer petang ini, tanggal 1.1.2010 ni ada insan yang dipanggil mengadap Ilahi. Alfatihah buat Faizal Yussof, pelakon drama tempatan aka bekas suami Siti Nordiana . Aku  minat akan lakonannya. Sayang sekali, industri seni kehilangan lagi sebutir bintang berharga. (aku dapat tau pun dr geng blogger, nk harap tengok berita kat tv, hampeh ler..anak2 asyik bukak Astro Ceria jer..tension betul )

Ok.. petang ni kami anak beranak makan pizza plak. Dah lama tak memiza ni. Dan dh lama jugak Irfan, si anak jantan debab aku tu tanya. Mama dia buat derk jer..Hari ni menunaikan hajat yang lama tersimpan. Yelah, lusa dah nak sekolah.

Namanya pizza mama, sbb mama Irfan yang buat. Respinyer? senang bangat sih..


Untuk dohnya:
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis mauripan/apa2 yis kering la
1 sudu besar butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil doh softner
1 sudu kecil doh improver

Cara:
Aktifkan yis dulu (ni cara aku, sbb kalau yis mati, boleh guna yis lain, so selamat ler tepung korang. Kalau yis dah dimasukkan ke dalam tepung, alamatnya kena masuk tong sampah jer la... Aktifkan yis= 1/4 gelas air suam+yis+sedikit gula. Biarkan sekejap. Bila nampak buih2 naik, tandanya yis tu aktif ler.. so boleh tuang dalam tepung
-Campurkan yis tadi ke dalam tepung dan gaul dengan semua bahan lain. Uli sekejap. Perap 1/2 jam atau sehingga saiznya mengembang sekali ganda.
-Pas tu..hahaha..time nk tunjuk kuat..tumbuk doh untuk keluarkan anginnya (bayangkan doh tu muka musuh/orang yang korang benci. Tumbuk kuat2...) hehehe....
-pas tu canai doh setebal 1/2 inci. Biar sekejap sehingga naik. Then, cucuk2 ler dengan garfu dan bakar setengah masak.

Untuk inti:
Aku guna sos cendawan segera dari Kimball. Sapu jer atas adunan pizza yang telah dimasak tadi. Oppsss..sebelum tu, sapu sikit minyak jagung pada permukaan doh, agar doh tu takde la kering.
Lepas letak sos cendawan, tabur ler bahan apa yang korang nak. Aku letak crab stik, sosej, cendawan dan chicken ham.
Akhir sekali, tabur lah dengan mozzarella cheese. (aku tambah plak dengan slice cheese) Kalau korang nk pancut sos cili ker, sos thousand island ker, mayonis ker..letak ler..aku dh terlupa nk letak, sbb Jebat mengacau masa tu.
Dan..akhir sekali, bolehlah dibakar. Haaa..jangan sampai hangus yer..agak2 ler..dalam 10 minit gitu. SIAP



Ni rupabentuk pizza yang belum dibakar

Ok..sampai sini dulu!!!

3 corat coret:

Mimiey.. (^-^) berkata...

kak noor, mie nak jgk pizza...ohhh,sgt sedaP!!!! kak noor, epy new year...

Noorma Ismail berkata...

Epy new year buat adik Mimey jugak..jemputlah makan pizza tu..tak cukup cakap ek..nanti akak call pondok domino :)

kakchik berkata...

Kakchik terliur ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...