Sabtu, 8 Januari 2011

Mee Goreng

Salam...bestnyer...dh hari Sabtu..hari untuk berehat... hati takdelah berehat dr masak, sbb hari ni plan nk buat/masak macam2...uh...rajin ke??

Ni breakfast kami 3 beranak. Ryan tak campor yer, dia mamam nestum jer!


Bahan-bahan
500 gm mee kuning, dibasuh dibawah aliran air paip utk membuang minyaknya, kemudian toskan.
2 pokok sawi, dipotong2
2 helai kubis, dipotong2
keping tauhu goreng, dipotong2
20 biji fishball
10 ekor udang, buang kulit
2 ekor sotong, dipotong
2 biji telur
2 genggam taugeh
minyak untuk menumis
sos cili dan sos tomato
kicap
sedikit maggi cukup rasa

bahan-bahan kisar
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 sudu udang kering
1 sudu lada kisar (boleh ditambah jika ingin lebih pedas)

untuk hiasan : timun, tomato dan cili merah yang dihiris

Cara Membuatnya
Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing, Masukkan fishball, udang dan juga sotong. Kacau sebentar hingga sotong dan udang masak. Tambah sos cili, sos tomato dan kicap. Pecahkan telur, kacau dan masukkan mee. Akhir sekali campurkan sayur-sayuran dan tauhu goreng. Kacau rata2 hingga masak. Sesuaikan rasa dan angkat. Hiaskan dengan bahan2 hiasan dan sajikan panas2.



Ok semua kengkawan. Jom breakfast sama2.

4 corat coret:

.:reine:. berkata...

wah nmpk menyelerakan.. *drooling*

Mas berkata...

sedappnya mee goreng tu kak....terliur mas...

Anna Qawina berkata...

bagi sepinggan..mintak cili skali bg pedas..tukar ngan bihun ala-ala siam nak? hehe

dark r0se berkata...

adeh sis! terliur dah neh!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...