Rabu, 12 Januari 2011

Asam Pedas Daun Kari

Tengahari ni aku masak asam pedas, tp bukan Melaka style atau Johor style...Mamak style kot sbb letak daun kari.
Masakan ni pernah dimasak oleh sahabatku Siti Jaharah Hassan masa dia berkunjung ke rumah aku satu ketika dulu. Mengikut cerita dia, bapanya tak suka makan asam pedas bercampur daun kesum. So mak dia letak ler daun kari. Masa tu dia masak guna ikan kembong. Sedap..berselera kami semua makan.


Hari ni aku cuba la masak plak. Resipinya sama jer macam asam pedas biasa tu, cuma tukar jer daun kesum dengan daun kari.

Bahan-bahan
3 ketui ikan jenahak (hasil pancingan lagi...alahai..bila la nk habis..)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
sedikit belacan*
1 batang serai*
15 biji cili kering*-dipotong dan direbus sekejap..toskan
sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup*
(semua bahan2 * diblender halus)
air asam jawa secukupnya
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
garam dan perasa
tomato, bendi atau terung- sbg perencah, kalau suka (aku tak letak pun..malas punyer psal)

Cara-cara
Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis halba campur. Masukkan daun kari.
Masukkan bahan2 yang diblender tadi. Tutup periuk sekejap
Kacau dan biar bahan2 tadi pecah minyak/garing
Masukkan air asam diikuti dengan ikan.
Tambah air sebanyak mana kuah yang dikehendaki
Tambah garam dan perasa. Kalau kurang masam, boleh tambah lagi asam jawa.
Biar sekejap hingga naik minyak. Siap...




Ok... korang dh lunch ke? makan apa ek?? kalau nk rasa asam pedas daun kari, meh ler...

1 corat coret:

KELI OH KELI berkata...

kak o kak..dah sampai ni...meh sket asam pedas...sedapnyerrrrrr...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...