Ahad, 5 Disember 2010

Siakap Sweet and Sour

Opss...awalplak my Jebat balik ari ni. Cadangnya tak mo ler masak nasi, tp disebabkan dia dh balik, kena la masak. Menu paberet anak2, masam manis. Tak kira la ayam, udang, daging...tp kali ni menghabiskan stok ikan siakap dalam freezer tu.


Disebabkan siakap ni besar (3 kg beratnya) so takde la masak sekor2. Gila apa, sapa nk habiskan sampai 3 kg tu...) jadi..potong2 ler ikan ni... ambik 3 ketui buat masak ni.

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis) (MaDiHa tak bubuh)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
3 keping nenas dipotong kiub buang empulurnya (ini MaDiHa tambah)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, nenas kiub, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Ada lagi lauk yang kena masak tu... bukan semata2 lauk ni jer..

3 ulasan:

indahhouse berkata...

salam kak noorma,
huih! siakap 3 kg? teringinnya nak join sekaki. hihihi... sedap nampak ikan sweet sour tu,kak. :)

Cendana Kasih berkata...

Yer Nur, kebanyakan ikan yang ditangkap beratnya 2 kg ke atas..tu yang akak dh muak makan ikan besar tu.. dah pun disedekahkan pada jiran2 dan sedara..

Cikmin berkata...

peberet laki aku ni siakap sweet sour ni...ko bila nak ajak aku datang rumah noorma?

entri terkini Spaghetti Lemak Pedas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...