Isnin, 12 Julai 2010

Kuih Lapis Kacang Merah

Minum petang hari ini, aku buat kuih lapis kacang merah plak. Tapi ni respi derhaka sikit, sib baik tak kena telan dek batu belah batu bertangkup...sori yer cikgu..


Sebenarnya aku takde biji kacang merah tu, dan kalo ada pun, dah tentu ler aku ni malas nk merebus kacang tu. So alternatifnya, aku amik inti kacang merah yang ready made (ala..inti kacang merah yang buat pau tu ler...) Dan adjust sikit ler respi ni. Nak makan/idop, pandai2 ler...



Tapi ni resipi yang original tawww...

Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
garam

Bahan B
1/2 cawan kacang hijau/merah yg telah direbus kembang
1/2 cawan air
pewarna hijau

Bahan C
1/2 cawan air

Cara
1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 8 inci.
5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.





Ok...bye !!

5 ulasan:

izahdaut berkata...

oo cepat je bye...biase ade crite crite..sebab derhake ye..kikiki..akak saya pun ader versi derhaka..esok la buat entry..ngahahaha..gelak versi derhaka nih

anis berkata...

assalam.
kecurnya akk tgk kuih lapis kacang merah ni. dah le cantik mmg 'meliurkan'. akk minta izin salin resepi ya.:))

Suzi berkata...

amboi dah keluar dah kuih lapis kacang merah dia...
derhaka sikit2 tu biasalah noorma..nak hidup hehehe...

Deliah's Deli berkata...

salam noorma...cantikny kaler kueh lapis noorma ni-nak 3,4 keping :)

KakAsma berkata...

waaa....cantik wooo kuih lapis mu itew..suka tengok..rata ajer...ade lagi tak dah terlambat nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...