Khamis, 27 November 2008

Nasi Goreng

Kalau dh malas nk masak, dan nasi plak ada lebih, inilah jalan penyelesaiannya. Wat jer nasi goreng, dalam tu letaklah apa benda yang dirasakan sesuai untuk tekak..

Bahan-bahan
>nasi sejuk
>bawang merah-dihiris
>udang
>isi ayam
>telur
>mentega
>timun-dihiris
>cili padi-dihiris
>garam, perasa

Cara-cara
1.Panaskan kuali, masukkan mentega. Tumis bawang merah hingga kuning. Masukkan udang, ayam dan cili padi.
2. Setelah udang dan ayam masak, pecahkan telur. Gaul rata. Kemudian, masukkan nasi sejuk.
3.Kacau lagi, dan bolehlah masukkan timun(kalau suka) diikuti garam dan perasa. Goreng lagi, dan bolehlah diangkat.

Sebenarnya bukanlah makan nasi goreng ni jer..ada lauk lain... ni dia, bawal sweet and sour.... resepi sweet&sour ni leh klik sini yer... kat umah ni aku selalu masak ikan bawal ni...lauk faberet aku dr kecik sampai skang.

1 ulasan:

Unknown berkata...

kakchik pun sama noorma. selalu je buat nasi goreng, main campak-campak gitu. tapi alhamdulillah, semua orang pun suka makan nasi goreng.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...