Alhamdulillah.. 15 tahun sudah !!
Salam...
Orang key el cuti kan ari ni? huhuhu...jelesnya. Setiap tahun bang Jebat mesti cuti pada hari bermakna ni, tp tahun ni tidak lagi slps naik pangkat, dia bertukar keje kat Shah Alam. Dah jadi orang Selangor la plak (rumah pun kat Selangor kan )
Apapun, alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana usia perkahwinan telah mencecah angka 15. Dan anak sulung pun dah berusia 13 tahun (dah anak dara) Dan paling kecik?... hahaha... dak Rayyan baru nk masuk 3 tahun. CUKUP !!!! kang tak muat rumah dan kete ! hahaha
![]() |
| Gambar ihsan dari cik Google, TQ |
Sepanjang 15 tahun, penuh dengan suka duka kehidupan berumahtangga (tipu la kalo takde dugaan kan....) Alhamdulillah dijodohkan dengan mamat TNB yang ringan tulang dan banyak sabar dengan kerenah isteri yang banyak songeh ni. Paling best bila dia selalu balik awal utk makan tengahari, lepas tu kami keluar shopping, jalan2.... hehehe....
![]() |
| gambar masa bulan 11 ari tu |
Orang Perak bertemu orang Melaka di Kuala Lumpur. Dan kami disatukan pada hari wilayah (1 Feb 1998) Cincalok bertemu tempoyak. Errrmmm...takbleh nk disatukan dalam masakan, tp kami suka BUDU... hahaha...
Ni anak2 kami yang banyak ragam. Farisya 13 tahun, Irfan 8 tahun dan Rayyan 3 tahun. Semua selang 5 tahun yer... hahahaha....
**** Semoga dipanjangkan usia perkahwinan ini dengan penuh kebahagiaan, kegembiraan dan kemurahan rezeki demi mendidik anak2 menjadi manusia berguna kepada agama dan negara. Amin.





Ulasan
TAHNIAH..
bahagia dgn 3 cahayamata
ck kawen awal 2 minggu dari kita kawen