Kek Kukus Hawflakes Pelangi
Salam...
Kek ni CK buat khas untuk kawan-kawan masa kami beriadah di Wet Land semalam. Dah banyak kali CK buat kek ni.
Kali ini CK buat pelbagai warna. Pelangi la plak.... tp hawflakes tak brapa cukup. Yang ado jer lah !!!
Resipi asal dari kak Fida, MYR.
Bahan:-
• 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
• 225 gm gula halus
• 220 gm tepung gandum/tepung naik sendiri
• 1 sudu kecil rata baking powder
• 1 sudu besar ovallette
• 150 ml susu cair
• 1/2 sudu kecil garam
• 100 gm minyak jagung/masak
• 1 sudu kecil esen vanila
• beberapa titis pewarna merah dan hijau
• asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Hawflakes tak brapa cukup... alamak....
Banyak jugak dapat untuk satu bancuhan ni. Boleh la untuk 10-12 orang makan. Dan pagi ini, Along plak bawak ke sekolah untuk kawan-kawannya.
♥♥♥


Ulasan
lama x mkn kek kukus lapis masam manis ni
cantik pulak buat warna pelangi yeee ohhh semlm hujan lebat..pastu panas tu yg terbis pelangi di atas.....nakkkkkkk ada lg ke
saya buat ni pun sbb kawan request, tp tak cukup asam la plak...so bedal jer laaa....
yer, pagi ujan, risau saya...sib baik la petang tu panas sampai ke malam... dapat la jogging sambil memecahkan lemak...hehehe...
cendana boleh layari blog baru qiraddapur iaitu
http://fakruza.blogspot.com blog nie ada bermacam-macam jualan singgah la and foloww sekali tau..
sy nak buat tp tkt tak jadi :(
p/s: seronok kat Oman?? jangan lupa FM utk saya ...hehehe
Jauh mata memandang kecantikan pelangi buatan..hihihihi cantik nyer ..kreatip gitu.
akak pernah buat sekali dulu..penat tul menunggu nak siap..last last buat tebal tenbal..amek ko tak jadi sangat..nak maakn pun malu..hahahaha..lepas tu tobat takmo buat lagi ...
alahaiii cantiknya..sayang pulak nak makan :) pelangi lagi..suka tgok:)
cantik sungguh kaler kek ni CK, pandainya memainkan warna nampak sangat menarik. Dulu pun k.ct pernah buat resipi kek hawflacks ni tapi anak2 pulak tak berapa suka sebab masam katanya. kita buat dia jadi bolehlah tukar lain kan..hehehe
CANTIK KALER KALER CERIA
teserlah kegebuan kek velvet tu..cantik pulak bila dipelangikan..budak2 mesti tertarik nak capai sepotong demi sepotong.hehe..