Gulai Tempoyak Ikan Talapia Merah
Salam...
Bahan-bahan
1 ekor ikan talapia merah, dicuci bersih dan dipotong
- 3 ulas bawang kecil*
-10 biji cili padi * agak2 ler nk pedas ke idak
-1 inci kunyit hidup*
bahan2 * ditumbuk halus
-1 batang serai-diketuk
-1-2 keping asam keping
-1 cawan tempoyak (kalo tempoyak masam, tak payah letak asam keping)
-segenggam daun kesom
-1 batang bunga kantan-dipotong 4
-1 biji timun ladang/coklat -dikikis kulitnya dan dibuang empulur dalamnya - dipotong baji
-air secukupnya
-garam,perasa
Cara-cara
Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama serai diketuk, bunga kantan, tempoyak, dan air.
Biar mendidih sebentar agar cili masak (nanti masih ada bau cili padi..tak sedap)
Tambah air dan biar mendidih lagi.
Bolehlah dimasukkan ikan. Kalo kurang masam, boleh tambah asam keping.
Masukkan timun dan biar mendidih lagi.
Tambah daun kesum dan masukkan garam dan perasa.
Biar seketika dan bolehlah diangkat. Siap.
Resipi daging goreng kunyit
daging secukupnya-dihiris nipis
serbuk kunyit
bawang besar-dipotong bulat
cili hijau,merah-belah 2, kerat 2
garam, perisa
minyak secukupnya
Cara-cara
Daging digaul dengan serbuk kunyit dan diperap 5 minit. Sementara tu boleh siapkan bahan lain spt potong bawang & cili
Panaskan kuali. Masukkan minyak masak. (CK suka lebihkan minyak)
Masukkan daging kunyit tadi dan kacau. Tambah air dan tutup sekejap agar daging elok empuk
Biar kering air daging tadi, dan bolehlah dimasukkan garam, perasa, bawang dan cili.
Kacau dan angkat !!
**Sesuai dimakan dengan nasi panas. Penggunaan minyak yang banyak memang la tak brapa sihat, oleh itu elok tukarkan kepada minyak bunga matahari/jagung jika suka. Tapi CK pakai minyak seri murni jer...hehehe....
♥♥♥
Pepegi ni meh cium bau gulai tempoyak dari rumah CK...hehehe...(khas utk mereka yang menggemari tempoyak sahaja yer...yang tak suka tempoyak, sila tutup hidung anda...hehehe )
Bahan-bahan
1 ekor ikan talapia merah, dicuci bersih dan dipotong
- 3 ulas bawang kecil*
-10 biji cili padi * agak2 ler nk pedas ke idak
-1 inci kunyit hidup*
bahan2 * ditumbuk halus
-1 batang serai-diketuk
-1-2 keping asam keping
-1 cawan tempoyak (kalo tempoyak masam, tak payah letak asam keping)
-segenggam daun kesom
-1 batang bunga kantan-dipotong 4
-1 biji timun ladang/coklat -dikikis kulitnya dan dibuang empulur dalamnya - dipotong baji
-air secukupnya
-garam,perasa
Cara-cara
Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama serai diketuk, bunga kantan, tempoyak, dan air.
Biar mendidih sebentar agar cili masak (nanti masih ada bau cili padi..tak sedap)
Tambah air dan biar mendidih lagi.
Bolehlah dimasukkan ikan. Kalo kurang masam, boleh tambah asam keping.
Masukkan timun dan biar mendidih lagi.
Tambah daun kesum dan masukkan garam dan perasa.
Biar seketika dan bolehlah diangkat. Siap.
Syukur ada kawan yang baik hati. Terima kasih Wati sudi bagi stok tempoyak yang banyak buat CK. Seronok sungguh.... Nanti jemput makan kat rumah yer !!
Ni daging masak kunyit kegemaran anak2. Kat rumah ni, kalo dah buntu tak tau masak apa, inilah lauk penyelamat. Sebab anak2 paling suka lauk ni. Letak minyak lebih sikit, sbb diorang akan gaul minyak tu dengan nasi. Hehehe.... tak brapa healthy tp sedap !!!
Resipi daging goreng kunyit
daging secukupnya-dihiris nipis
serbuk kunyit
bawang besar-dipotong bulat
cili hijau,merah-belah 2, kerat 2
garam, perisa
minyak secukupnya
Cara-cara
Daging digaul dengan serbuk kunyit dan diperap 5 minit. Sementara tu boleh siapkan bahan lain spt potong bawang & cili
Panaskan kuali. Masukkan minyak masak. (CK suka lebihkan minyak)
Masukkan daging kunyit tadi dan kacau. Tambah air dan tutup sekejap agar daging elok empuk
Biar kering air daging tadi, dan bolehlah dimasukkan garam, perasa, bawang dan cili.
Kacau dan angkat !!
**Sesuai dimakan dengan nasi panas. Penggunaan minyak yang banyak memang la tak brapa sihat, oleh itu elok tukarkan kepada minyak bunga matahari/jagung jika suka. Tapi CK pakai minyak seri murni jer...hehehe....
♥♥♥


Ulasan
CK resepi daging masak kunyit tu x de? he3
errr...tu saya dah masukkan resipi sempoy giler daging tu...tadi nk cepat, lupa plak...hehehe
Tak pernah ada tempoyak dlm rumah, nak cuba jugak, nama pun org Melayu kan?