Roti
Salam Jumaat... yeah...seronok hari ni...esok, lusa cuti...pastu sambung lagi 3 hari...dapat la berehat sikit (errr...rehat ke? bukan ke kena buat kuih masa cuti ni? hehe )
Hari ni tak tau nk bekalkan apa untuk si debab CK ke sekolah (Irfan).. duit tetap bagi, tp CK tak galakkan dia membeli kat kantin semasa rehat. Dah la berasak2 beratur untuk membeli makanan,silap2 haribulan makanan jatuh ke, makcik kantin tak bagi duit baki ke?? ermm...macam2 kan.
Roti Sosej ni adalah roti kegemaran dia. Tabur mozzarella dan cheddar cis. Picit plak ngan mayo dan sos cili.
Buat lebih sikit dan simpan untuk along bila balik sekolah nanti. Dua ketui tu si Irfan bawak bekal.. (err...banyakkan...bukan dia makan sorang, bagi kawan sikit)
Dan untuk si Rayyan, roti kacang merah. Sama la ngan mak si Rayyan (hehehe)
Ok.... selamat bercuti buat kawan2 semua. Semoga semuanya berjalan lancar !!!


Ulasan
kalau gini bukan anak yg naik maknya pun sama naik..huk3..
Liza, Kak Sam - makcik kantin skrg ni dh pandai demand..katanya kalo takde duit, jangan makan. Geram betul laaa..
Che Farizam, Kak Norli- cepat, cepat...pilih mana suka...ada banyak lagi tu..hehe
Cikgu Maz - ala, ini pun boleh la... ikut mood la jugak..kalo nk cepat, bentuk macam jet apolo pun ada...hehehe
Nani- roti kacang la sedap...akak dr zaman sekolah suka makan roti kacang. Masa tu
tiga poh sen sebijik. Bakar sikit bagi garing2 pastu makan..wallah...