Selasa, 13 Disember 2011

Mee Kolok

Salam... mood yang malas setelah 3 hari bercuti..hehehe...tak pegi mana pun, sekadar buat persiapan persekolahan anak-anak.

Tak pernah lagi makan mee kolok ni. Dan bila Kak Zu (peserta Masterchef) buat mee kolok, teringin plak nk cuba. Lagipun stok daging banyak, bolehlah buat.



MI KOLOK

Bahan-bahan:
200gm mi kolok - dicelur dan ditos
100gm daging - direbus dan dihiris
100gm isi ayam - dicarik halus
50ml kicap cair,
kicap pekat- secukupnya
50ml minyak masak
30gm tauge - dicelur
1 tangkai daun sup - dihiris
Bawang goreng secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara memasak:
1. Campurkan minyak masak, kicap cair, kicap pekat, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian gaul rata bersama mi kolok.
3. Setelah itu, masukkan hirisan daging, isi ayam, tauge, daun sup dan bawang goreng.
4. Sedia untuk dinikmati.



Si Rayyan suka plak makan mee kolok ni. Dan CK suka makan ngan cili kicap tu. Tambah plak dengan fishball...ermmm..Pedas2 menyengat.. hehe

6 ulasan:

quinnie berkata...

nampak sedap mee kolok ck ni..mee kolok memang tak yah kuah ye?

Liza berkata...

Liza pun 1st time mkn mee kolok masa g sarawak hr tu...tp yg berkuah...sedaaapppp

myda_ahmad berkata...

salam perkenalan...
nampak sedap mee kolok nie..
mee kolok nie mcm mee syzling tu ke?..

Qhaifa Nur berkata...

kalau guna mee kuning tu bole ke..
nampak simple dan menyelerakan..

Cendana Kasih berkata...

boleh guna apa saja mee (mee kuning, mee siput, yee mee, mee sanggul dll).. kalo mee kering, rebus dulu mee dan toskan, kemudian gaul dengan bahan2 lain.

sesuai gak makan dengan sup daging/ayam (berkuah)... lagi la best !!

mama-D berkata...

ck...D slalu dgr pasal mee kolok nie...tp D x penah try ler...sedap eks?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...