Jumaat, 9 Disember 2011

Eggless Yogurt Chocolate Cake

Salam Jumaat.... dh banyak hari tak update blog sbb CK takde masak yang special pun. Minggu ni my Jebat ada kelas, so mmg tak balik makan tengahari...dan CK pun gantung periuk la (bukan tak makan/masak, tapi masak simple2 jer laaa...)

Dan...tambah tragis lagi bila anak lelaki kedua CK ( si Irfan ) kena demam campak. Alahai...lagi la parah. Nk masak apa yang boleh? Makan mende2 rebus jer laa...goreng2 takleh langsung.

Hari ni biji2 campak tu dah kering. So bolehlah buatkan kek kegemaran dia ni...tanpa telur tawww !!!


Terima kasih wat cek mek Anna yang sudi berkongsi respi. Waaa.. makin kencang bisnes makcik tu. Semoga terus maju dan takdelah orang nk khianat nk spedo bisnes dia plak ( ayat klise).. hahaha...sapa makan cili terasalah pedasnyer !!

EGGLESS YOGURT CHOC.CAKE
Sumber : Anna Qawina, Homecreation & Hanamemories

Bahan-bahan
•60ml air panas
•50g susu tepung
•1 tbs Nescafe / Instant Coffee
•1/2 cawan minyak masak
•100g gula
•1 tsp esen vanila
•1 cawan yogurt
•125g tepung gandum*
•40g serbuk koko
•1 tsp baking powder*
•1/2 tsp baking soda
•secubit garam* (* campurkan dan ayak)

Cara-cara
•Campurkan air panas, susu tepung & nescafe.
•Masukkan minyak masak, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut.
•Masukkan yogurt dan kacau sebati.
•Masukkan tepung dan gaul hingga semua sebati.
•Bakar lebih kurang 35-40 min suhu 170-180. Aku kukus 40 minit

Topping
•1/2 cawan serbuk koko
•1/2 cawan susu pekat
•1 sdb minyak masak

**Panaskan semua bahan api perlahan hingga pekat, selalu kacau yer.. tuangkan atas kek.




Sedap kek ni..lembut dan moist jer... (jimat telur ayam aku) hahaha....Telur dan mahal skang ni berikutan musim banjir. So...marilah kita pelbagaikan respi tanpa telur... hehe

7 ulasan:

Unknown berkata...

wow!!!tbe2 teringin nk mkn plak..nmpk sedap

Chik Mimi berkata...

Dik nampak sangat moist kan ku cuba

NoorMasri berkata...

nampak moist betul...tiba2 cam teringin nak makan kek cekelat lah pulak...

Qhaifa Nur berkata...

nampak lembap sekali, dah lama teringin nak buat...
sedap, sedap...

Anna Qawina berkata...

Utk aku xde ke? Ko bg kak Sheila je x acii...
Mmg sedap kn, aku kalo ada yogurt mmg buat kek ni, kdg x cukup pun taram jugak.nhihi...
Alhamdulillah, rezeki Allah bg..

KakAsma berkata...

Maaa,kena letak yogurt baru sedap yer..nak try nnti,bagus laa ko bg kak membuak2 nak buat hihihihihi

CT Delima berkata...

As'salam CK

nampak mois kek coklat ni. lama juga tak buat kek2 yang coklat dan ganache yang meleleh tu..perghhh sedapnyaaa

semoag baby irfan cepat sihat ya CK sian anak2 ni kalau kena campak kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...