Khamis, 17 Februari 2011

Donut yang senang2 saja

salam buat semua. Petang ni bukanlah nyanyi lagu dandut yer..tp aku buat kuih yang senang ler.. ini jer yang mampu bagi kat diorang memandangkan si tukang masak dalam proses kecikkan badan..kahkahkah....


Resipi hari ini aku tambah sikit dengan kentang lecek dan yogurt. All in one. Kasi lagi lembut. hahaha...kalo tak lembut, ke sungailah ia...

Bahan-bahan
~250gm tepung gandum
>3 sudu besar kentang lecek
~1 sudu kecil yis
~ 2 sudu besarminyak masak
~1 sudu besar butter/merjerin
~ air suam (secukupnyer, untuk bancuh tepung)
~1 sudu besar susu pekat manis
~1 sudu besar plain yogurt
~1 sudu besar gula
~1 sudu teh garam
~1/2 sudu kecil bread improver
~1 sudu kecil bread softner


Cara-cara
1.Satukan yis, bread softner, bread improver,gula, air suam, minyak, susu, garam dan kentang kisar.
2.Masukkan tepung sedikit dan kacau dengan hujung jari.
3.Masukkan baki tepung dan uli sehingga menjadi doh.
4.Ambil doh dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Letak inti kalo suka.Susun doh dalam dulang dan biar naik 2 kali ganda
5.Panaskan minyak dan buat lubang ditengah-tengah. Goreng hingga masak.

Hari ni malas dah nk salut dengan coklat dan segala bagai. Malas nak mencair coklat dan malas nk membasuh peralatan lepas tu.. kiranya semua malas ler... so salut jer ngan gula... makan ler korang!!

Ada 4 bijik ni, aku buat ler burger Msia- ni untuk along dan bang Jebat. Aku? togok air masak jer lah petang2 ni.... ermmmmmm !!! dugaaan...



3 ulasan:

Unknown berkata...

sedapnya! rugi akak tak mkn tu..hehehe dua2 tu saya suka..:)

Cendana Kasih berkata...

Nieza- takpe..masih boleh bertahan..ni nk keluar cari tepung soya, pasni boleh la makan kuih ...hehehe

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World berkata...

Sedap nampak, campur kentang lecek lagi, so kena try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...