Salam... akhirnya...hari ini buat jugak kuih untuk minum petang keluarga (setelah hampir 3 minggu tiada segala kuih dan manisan) Cian kat diorang. Memandangkan my Jebat pun tak kerja ari ni, so ada la masa buat kuih.
Baru kuar dari bekas. Masih panas lagi. |
Hari ni nk buat serimuka kaler coklat plak. Biasanya warna hijau kan... ikut style mak aku, letak kulit kayu manis kat adunan atas tu. Wangi jer, dan takde lah bau hanyir telur. Dan kebiasaannya aku suka buat kepalanya lembik sikit. Kalo keras macam tak brapa ummph...terpulanglah pada selera masing2 yer
9Resipi kat bawah ni amik dari blog Watie Saari. Dia dapat dari CMG. Aku takde resipi saintifik, (yg betul2 ikut sukatan laaa...aku main redah jer....)
BAHAN LAPISAN BAWAH :
2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak makan
BAHAN LAPISAN ATAS :
1 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung jagung
1 camca besar tepung beras
3/4 cawan gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air* (*dimasak hingga gula larut, tapis dan sejukkan, buang daun pandan)
2 biji telur
2 cawan santan pekat
1/2 sk garam
Sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - tak letak sbb takder
CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Cuci beras pulut, rendam 20 minit dan toskan. Sementara itu panaskan kukusan, alas tin bulat berukuran 10 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Masukkan pulut dan ratakan. Satukan garam bersama santan, kacau rata dan tuang ke dalam pulut. Masukkan minyak masak, kacau sedikit biar rata dan letak sehelai daun panda. Kukus selama 20 minit - 30 minit (mat kukus 25 minit).
2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau rata dengan whisk atau blender hingga sebati. Tapis adunan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi sedikit pekat. Matikan api.
3. UNTUK PULUT SERIKAYA :- Pulut tadi, ditekan hingga padat, ratakan. Kemudian tuang lapisan atasnya, ratakan dan sambung mengukus selama 20 - 25 minit dengan api sederhana. Pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Mat guna kaedah menutup permukaan tin dengan tudung periuk semasa mengukus..
Slamat Minum Petang semua!!!
7 ulasan:
sedappnya serimuka...
makan petang2 ni sambil minum teh o memang best kan kak...he..he..
salam Norma...kuih serimuka gula melaka ni mmg fav akak jugak, mmg suka yang lembik2 camni...biarpun x cantik dipotong..tp lebih sedap...kan..kan..
sedapnye kak..:) looks very menggoda!
sedapnya! suka ler kuih ni...sama mmcm mak nieza juga kalau buat kepala tu bubuh kulit kayu manis...ya la org dulu tak ada esen vanilla tu kan tu sebab diorang buat cam tu...tapi best bau wangi tu.
terliur.mmg yg lembik2 skit tu yg sodap...aduh jauh tul rmh ko,tdaknya nak je aku bwk piring...hihiii
as salam noor...eh eh watie mana tu, kalo kuih yg kita buat menjadi best kan..rasa seronok jer nak masak...hehe
aku pun suka kalau kepalanya tu lembik sikit
Catat Ulasan