Isnin, 7 Februari 2011

Paratha Sosej/roti canai sosej

Petang ini, jamu budak2 tu makan ngan paratha ler plak. Tapi boring la kan kalo plain jer..hahaha...kali ni buat special sikit. Letak sosej. Kata my Jebat, kalo kat luar, dia dan kengkawan slalu order roti canai yang pelik2. Ada yang letak epal, milo, eskrem...huh..gila diorang ni..

Macam mana nk buat roti canai ni? senang jer..sama jer macam buat roti canai telur tampal tu. Cuma tambahkan sosej yang dihiris jer. Tapi aku goreng sekejap sosej tu.

Bahan-bahan
*1 batang sosej
*1 keping instant paratha
*1 biji telur

Cara-cara
-Hiris sosej (sukati ler nk tebal mana) Dalam kuali leper atau non stick pan, goreng sekejap sosej tu. Keluarkan.
-Masak paratha, tp jangan sampai garing sangat. Keluarkan
-Pecahkan telur,masukkan bawang hiris (kalo suka) dan garam. Kacau.
-Dadarkan dalam kuali tadi (tp jangan terbalikkan yer...)
-Taburkan sosej yang digoreng tadi
-Bila telur hampir masak, tekupkan dengan roti paratha tadi. Masaklah hingga sesuai garing yang korang nak. SIAP..senang jer kan.

* Sosej boleh diganti dengan crabstik, chicken meatloaf , seafood dll. Ala..ikut pandai la korang..

Aksi paratha sosej yang masih dalam kuali. 

Jemput makan semua!!!!



3 ulasan:

Unknown berkata...

assalam kak, wah memang kreatif bubuh sosej tu...menarik juga lum pernah mkn lagi mcm tu...harus dicuba ni..:)

KELI OH KELI berkata...

yumyyyyyyyyyyyyyy........sodap!sodap!sodap! x terkata......

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

Salam Noorma
Creative lah Noorma nih. Mcm sedap pulak akak tgk prata nih blh cuba nih thnks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...