Hari ni buat mee celup. Makanan popular kat Negeri Cik Siti Wan Kembang. Selalu makan jer kat kedai. Dulu suka sangat makan kat pekan kecil di sungai besi tu. Mee celup dia best...tp sejak ada di kecik ni, payah nk makan kat luar.
Ni mee celup utk my Jebat yer..of course ler ada mee dan segala bagai bahan pelengkap lain. |
Resipi amik kat Resepi.Net.
Bahan-bahan
mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk
ikan bilis goreng
kangkung
kacang tanah tumbuk
garam
gula
perasa
limau nipis
bawang putih (ditumbuk dan digoreng)
bahan-bahan sup
perut lembu
daging lembu
rempah sup
Cara-cara
terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).
Cara-cara menyediakan mee
ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup. Lepastu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas)serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.
***dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali (tp aku takde la buat yang high kolesterol/kalori ni)
Ni plak aku punyer..takde mee, cuma sayur kangkung, daging dan sup. |
6 ulasan:
akak, ni macam mee sup yer kak...
nampak sedapp tu..
akak, semlm saya keluar pi cari periuk besar...nasib baik jumpa...hehe btw sedap nengok mee celup ni...lum pernah mkn lagi mee celup ni tapi mee sup pernah la.btw nk hirup kuah tu slurpp...pergghh mabeles..nk tapau lak semangkuk...hehe
Mas, Niza- yer, ni macam mee sup dan ada penambahan kangkung,lobak masin dan ikan bilis..rasanya lain dr yg lain...sedap
kakk..awat tkdak mee..diet ekk..
nk diet gakkk!!!
Salam......sedapnya.....terliur plak akak tengok....
salam kenal baru makan baru2 ni... sedap gak cam mee sup... cuma rencahnye lain sket
Catat Ulasan