Rabu, 23 Jun 2010

Tart Nenas

Akhirnya, terlaksana jua projek sekut raya ni.. testing,testing...puasa dh nak dekat. Masa puasa esok bukannya boleh rasa kuih2 ni, so aku buat dulu yer...makan puas2. ..ops..bukan nk niaga yer, sekadar makan2 anak beranak jer. Hari ni aku ter'lebih' rajin sikit. Entah dapat vitamin 'R' dr sapa idak ler dapat dikenalpasti.

Jeles tengok kak Ina SGTV tayang sekut ni bulan lepas. Lama jugak tertangguh sebab aku dok mencari acuannya. Akhirnya jumpa jugak.. Aku ni memang peminat tart nenas, tak kiralah dalam rupa bentuk apa sekalipun, janji tart nenas. Raya ni kompom ler ada biskut ni dalam balang kuih raya umah aku...hehehe...









p/s: Beberapa minggu lepas, seorang rakan hubby ada bagi kami tart nenas, buah tangan dari bapa mertuanya yg melancong ke Korea. Sedapnyer tart nenas tu. Saiznya agak besar.Sebesar genggaman tangan. Makan sebijik pun dh puas. Kulit tartnya gebu dan lembut, manakala jem nenas kat dalamnya lembik. Memang sedap lah...


5 corat coret:

CatlinaFly berkata...

faveret sy ni kak :)

Wanieyra berkata...

geramnya tengok sebab ira mmg suka betul makan tart ni.....

kakchik berkata...

assalamualaikum noorma.
kakchik pun sama cam catlina. suka sangat tart nenas. kalau raya hanya kuih ni yang kakchik makan. tart nenas semata-mata

MUMMY berkata...

tart nenas ko lagi cantek noorma....jeles mak....

Tanpa Nama berkata...

I would like to exchange links with your site cendanakasih.blogspot.com
Is this possible?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...