Selasa, 1 Jun 2010

Sosej Bun

Meroti lagi hari ni. Bila barang-barang dh tersedia di dapur, bila mood rajin tiba terus lah on Bm dan buat. Campak jer sume bahan, tak payah dah nk keluar peluh jantan menguli tepung...hehehe...

Kalo aku buat roti, mmg tak banyak, guna 250gm tepung jer. Dapatlah dalam 12 bijik bun. Cukup lah tu.. Siap boleh simpan untuk breakfast pagi esoknya dan bawak bekal. Anak2 lebih suka bun sosej cenggini, daripada bun inti kacang merah.

Seronok bila tengok anak2 suka makan. Lagi seronok bila dapat jimat duit, tak payah dok selalu mengulang ke kedai bakery kat Giant ataupun Jusco tuh..





Bahan-bahan
140ml air
20g telur
250g tepung roti
20g gula
4g garam
25g mentega
3g (1 sudu kecil) dry yeast
8g susu tepung
8 btg sosej(bagi 2= 16btg)

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sosej. Ikut arahan pd breadmaker untuk buat doh roti
2.Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
3.Ambik sebiji doh, getel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dan kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu.) Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
4.Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
5.Keluarkan roti dari oven dan sejukkan







p/s: Alamak, ada satu kedai bakery kat rumah aku ni dh tutup ler.. dh banyak kali aku lalu kat situ dan nampak kedai tu tutup jer..dh bangkrap ker? atau bukak cawangan tempat lain. Sejak kedai bakery kat Jusco (La Boheme) tu selalu buat offer, harga bun kat situ dh murah. Sedap plak tu. Lagi satu, sini pulak dh banyak bukak kedai roti, bakery itu dan ini. Mungkin tokehnya rasa sini banyak saingan dan tak brapa maju bisnesnya...
tapi bukan salah aku yer.. ...

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...