Rabu, 30 Jun 2010

Kuih Lapis Pisang

Salam semua... juadah minum petang hari ini sesuatu yang baru kat dapur aku. KUIH LAPIS PISANG. Ni kalo mak mertua aku tengok, mesti jeles ni...wakahkahkah...

Resipi amik kat umah Yati USA (Yatie ni punyer lah rajin buat kuih lapis, boleh dikatakan tiap2 hari buat kuih lapis gamaknyer...sampai aku bagi title Ratu Kuih Lapis kat dia ni..hehehe...) Asalnya pagi tadi salin respi kuih lapis kacang ijau. Tapi memandangkan kat rumah ni ada pisang, so buat ler Lapis Pisang ni dulu. Hasilnya..memang sedap ko..betul kata Yati. Time kasih yer Yatie..cayung kat awak !!!

Bahan-Bahannya:-Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 sm tepung beras
2 sm tepung kastard/jagung

Bahan B
1 cawan pisang - dilecek
1/4 cawan air

Bahan C
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah

Cara-caranya:-•campurkan semua bahan A dan kacau sehingga sebati. bahagikan kepada 2 bahagian.
•campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata
•campurkan satu bahagian lagi dengan bahan C dan kacau rata
•Guna loyang bulat 7 inci, sapu sedikit minyak.
•Tuang hampir 3/4 cawan adunan B. kukus selama 8 minit
•Kemudian tuang 1/3 cawan adunan merah dan kukus selama 8 minit.
•ulang sehingga habis.





2 corat coret:

Yatie berkata...

Salam Noorma,
Klakor betullah awk ni...mana adanya ratu kuih lapis...yatie buat kuih suka2 je....tapi kuih lapis ni memang sedapkan....cantiklah kuih lapis pisang Noorma..

Chempaka Aziz berkata...

mah,aku mintak izin copy ek resepi..nampak sodapppp.tp tulah bila lah aku nak buek ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...