Jumaat, 11 Jun 2010

Murtabak Kambing

Salam semua.. ini hidangan makan malam untuk kami. Diorang dah takmo makan mee kari tengahari tadi tu. Tu yang menyampah buat mee kari atau benda2 berkuah kat umah ni. Diorang bukannya nk makan berulang. Makan cukup setakat sekali jer, pas tu membazir jer, tidak pun aku ler yang mengulang makan. Mana ler tak tembun....

Murtabak yang tengah digoreng. Kalau letak minyak sapi sikit lagi best. Wangi jer.. tp aku dh takde stok minyak sapi, sbb dh lama tak buat capati... guna minyak masak biasa jer..



Kari kambing ni beli jer kat kedai mamak tu tiga ringgit. Pas tu balik umah, buat murtabak dr kulit paratha. Senang jer kan...

Ok..kat sini aku selitkan jugak resipi buat murtabak ni. Kalo rajin korang buatlah kulit roti canainya. Tapi kalo malas, guna jer instant paratha. Senang dah jimat. Tak yah kuar peluh meleleh2. Kang jadi mcm citer Lagi-lagi Senario la plak..hehehe...



Bahan-bahan
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit
ajinomoto
2 keping instant paratha
2 biji telur

mula2 buat inti utk murtabak.

caranya
>bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
>apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak.
>kemudian masukkan daging cincang.
>apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air.
>masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
>pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
>ambil kulit paratha dan leperkan menjadi nipis.Kemudian bungkus inti murtabak menjadi segiempat.
>goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.





Ok..bye sume...

1 ulasan:

cikmar berkata...

o paratha tu blh wat murtabak rupanya...new info..hehe tembun takpe kak asalkan tak membazir...klu kita masak penat2 pastu tak hbs, syg je kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...