Rabu, 30 Jun 2010

Sup Tauhu+Cendawan

Hidangan makan tengahari kami.Cepat sikit aku masak hari ni, bangun jer pagi, terus tung tang tung tang kat dapur. Sebabnyer, si Ryan skang ni tak boleh nk renggang. Nk kena mengendong jer ke sana, ke mari..tension aku dibuatnyer.. bila letak kat bawah, mulalah melalak...

Sup tauhu lembut + cendawan + telur puyuh. Menghabiskan stok telur puyuh dalam esbox tu.

Aduhai ikan keli... masih ada sekor dua untuk makan keluarga. Kata Hang Jebat aku, ujung tahun ni dia nak buat projek keli semula, sebab permintaan keli semakin meningkat. Mana taknyer, tiap kali pegi kedai runcit, tokeh kedai tu mesti suruh laki aku buat keli semula. Kedai2 makan yang kami hantar keli dulu pun mintak. Itu satu hal, permintaan benih keli pun agak bagus. So laki aku kena fikir panjang kalo nk buat semula projek keli ni, bukan apa, keli ni makan banyak. Satu minggu jer perlukan 2 guni palet. Duit kena banyak ooo...

Kangkung goreng belacan.

Disamping tu, aku sempat gak buat sambal tempoyak masa laki aku tengah mandi. Berjam2 dia mandi, rupanyer membasuh span filter ikan. Lama sangat menunggu, so aku buat ler sambal tempoyak..sori, gambo tak sempat nk amik..anak2 dh angkat tangan baca doa..




2 corat coret:

kakchik berkata...

salam noorma.
semua lauk nampak sedap cuma mungkin tauhu tu kakchik akan ketepikan. satu lagi benda yang kakchik tak makan hehe.
eh, jangan la tolak permintaan tu. kalau projek keli dapat sambutan, ada tanda2 bagus masa depan tu. tapi memanglah kena berkorban duit lebih.
apapun kakchik doakan noorma dan suami yang terbaik.

LILLIES AND LAVENDAR berkata...

must try your soup,kalau tak letak telur tu,boleh ka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...