Sabtu, 5 Jun 2010

Laksa

Salam semua...aduh..dh lama tak masak laksa. Beberapa hari lepas, masa pegi pasar borong, tengok ada ikan kembong, tengah murah. Aku pun belilah..mmg untuk buat laksa pun. Pergh...puas hati, dapat makan berjuta2 laksa... sambil tu boleh tengok citer Man Laksa...hehehe



Resipi, macam biasalah..tp aku tepekkan disini untuk rujukan anak2/adik2 yang baru nk belajar...

Bahan-bahan ( 5 org )
2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
2btg bunga kantan - dipotong dua
3 ikat daun kesum
3sb cili giling
10bj cili padi - ditumbuk halus
20 keping asam gelugor
20gm belacan
garam & serbuk perasa

- Bahan-bahan ulam - 1 labu bawang besar
1bj salad buah
1 ikat daun selum
1 btg timun
3bj telur rebus
3bj limau sambal
1 btg bunga kantan

Laksa sediakan seperti arahan di pek

Cara-cara
1.Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.
2.Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
3.Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
4.Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
5.Masukkan garam & serbuk perasa.
6.Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
7.Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan




p/s: Korang pegi mana cuti sekolah ni yer? balik kampung, cuti2 Malaysia? hari ni aku nk rehat sikit. Malam tadi penat sungguh dok dalam kete. 4 jam tersangkut dalam jem. Kami pegi menghantar stok anak ikan ke Bukit Antarabangsa. Sepanjang perjalanan pegi dan balik, jalan sesak dan padat dengan kereta. Perjalanan yang biasanya 1 jam (pegi-balik) kini ambik masa 4 jam. Tension jer... celah sana sini pun jem jugak. Lalu jalan jauh ker, dekat ke, sume jem... habis minyak kete jer... lain kali serik dh.....sapa nk beli anak ikan,mak ikan, datang jer umah, amik sendiri...no delivery servis yer!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sedapnye kak..
meleh dah air liur ni..

indahhouse berkata...

salam kak noorma,
uish.. penat btul kalu jem,kan? Saya aritu sangkut tak sampai 1 km jer dr rumah, brderet keta sbb ada road block. rasa nak cepuk pale polis tuh. huahua..
Sedapnya laksa.... ini stail utara ker kak? nampak pekat jer.dah terliur ni.. gulp!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...