Sabtu, 12 Jun 2010

Malaysiana Red Ruby

Salam hari sabtu buat semua pengunjung blog aku ini !!! korang buat apa tu?? dh masak ker??

Akhirnya !!!! yes,yes,yes...dapat jugak melaksanakan keinginan nk makan red ruby ni. Dulu pernah la buat (5 tahun lepas kot..) masa tu tengah mengandungkan Irfan agaknya.. tapi masa tu aku buat guna sengkuang cina (waterchess nut).. dan tak brapa nk menjadi ler.. masa tu aku ngok ngek sikit pasal masak memasak ni, skang ler baru tau sikit, itupun sbb ada kengkawan macam korang kat alam maya ni..bertuah sungguh aku....


Red rubby yang baru dimasak. Berkilat jer.. mmg cantik menawan.
Aku guna ubi sengkuang biasa jer. Kalo pakai waterces nut mesti lagi sedap sbb ada rasa manis2. Entah laaa...next time aku cuba plak...try and error ni kadangkala berhasil.





Asalnya aku tengok dessert ni kat umah kawan aku, Ida. So aku pun menerai ler kat umah. Kebetulan aku ada beli sengkuang. Asalnya nak buat inti popia, tp macam malas ler plak. Dan masa pegi pasar borong hari tu, aku beli 2 bijik kelapa muda. Satu dah digunakan untuk buat coconut jelly hari tu, tinggal sebijik lagi. Baik ler aku merealisasikan impian nk makan red ruby ni....



Ok..meh tengok resipinya. Senang jer...
Bahan-bahan
-ubi sengkuang
-tepung sagu/ubi kayu
-air -untuk merebus sengkuang
bahan lain
-air kelapa
-isi kelapa muda
-air gula
-hirisan nangka
-santan pekat
-ais batu

Mula2 kita buat red rubby tu dulu yer...
Cara-caranya ialah ubi sengkuang dikupas kulitnya dan dibasuh bersih. Kemudian, potong kiub kecik2..
Lepas dh potong, ambil pewarna merah dan gaul bersama sengkuang tadi.Tak payah campur air yer, just pencelop merah jer, gaul rata2 pada sengkuang tu. Guna sudu jer, kalo guna tangan, kang macam pembunuh upahan plak tangan korang. Biarkan sekejap agar warna meresap rata (sambil tu korang lepak2 ler dengar lagu hindustan ker)

Lepas tu, korang jerang lah air yer.. (dalam bahasa rasmi, didihkan air dalam periuk) Sementara menunggu air mendidih, gaulkan sengkuang merah tadi dengan tepung ubi kayu. Biar menyalut semua sengkuang. Masuk dalam tapis, dan tapis lebihan tepung.
Bila air dh mendidih, masukkan sengkuang tadi ke dalam periuk. Tunggu hingga sengkuang tu timbul ke atas dan barulah keluarkan. Masuk dalam tapis dan lalukan pada air sejuk (air paip) Ini untuk elakkan sengkuang tadi melekat satu sama lain. Siap...dan jadilah RED RUBY

Cara menghidang.
Masukkan red ruby ke dalam mangkuk, tambah hirisan nangka & isi kelapa mudah.
Masukkan air kelapa, air gula dan santan pekat. Tambah ais batu.
Siap, dan bolehlah dinikmati dengan sepuasnya....


Haaa... apa lagi, buat lah..senang jer kan... kalo nk datang makan kat umah aku pun boleh..silakan.....

3 corat coret:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

pagi ni masak nasi lemak jer..


dah lah cantik rupanya, rasa dah tentu-tentu lah sodap !

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

esok ada lagi tak...


esok nak gi semenyih, boleh singgah makan.. hehe.

izahdaut berkata...

waaahh..kak noorma..sedap ni..sejuk je masuk tekak..batuk batuk pun taram jugak nih..tak hingatt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...