Selasa, 8 Jun 2010

Mini coconut blossom

Salam semua...aku ni baru jer balik dr klinik gigi lagi..buat tampalan untuk 2 btang gigi lagi. Sebab hari tu buat tak sakit, so hari ni pegi lagi ler...

Ok.ni juadah minum petang kami. Dh lama apam blossom ni masuk list, tapi tak terbuat jugak. Hari ni malas sikit nk masak beria-ia (masa simple jer) so boleh la buat kuih untuk minum petang. Malam tadi dh suruh Hang Jebat beli gula merah untuk buat inti kelapa. Pagi tadi lepas masak lauk untuk lunch, terus buat inti kelapa. Buat pertama kali ni, tak mo guna stoberi/blueberi fiiling, nk cuba inti kelapa dulu. Esok-esok baru tukar citarasa plak.

Tengahari tadi dh siap kuih ni, tp malas plak nk letak entri. Jalan2 kat umah kengkawan, nampak si Fiza dh buat apam ni..tp dia punyer lagi cantik,menarik dan da bomb..



Aku buat dalam acuan kuih lompang, so memang cinonet la saiz apam ni. Sekali ngap jer dh habis. Tapi berjam jugaklah nk siapkan. Yelah, benda kecik, banyak ler masa. Kalau gedebak tu gerenti kejap jer siapnyer.. meh kongsi resipi kat sini. Tapi aku buat 1/2 adunan jer,itupun dapat banyak. Cukuplah untuk kami 4 beranak nk makan ni. Kalau ada tetamu datang, nasiblah...hehehe

Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Inti kelapa secukupnya

Cara-cara :
1.Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5.Letak inti kelapa
6.Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
7.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.




p/s: Tak puas tengok citer Arjuna kat tv3 malam tadi. Sekejap sangat citernya. Sekejap2 iklan, tak sampai 5 minit tayangan dh iklan...geram aku!!!


2 corat coret:

cikmin berkata...

aku pun layan arjuna sebab hero dia..huhuhu... :P

wah...jeles aku tengok apam ko noorma..erkkkk..

Hati ibu sanya sangat sakit ketika ini

Noorma berkata...

Wow,,sama ler kita..aku pun minat si remy ishak tu..wakahkahkah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...