Ahad, 6 Jun 2010

Nasi Goreng Crabstik

Ni asalnya nasi goreng mak aku. Dari kecik sampai ler skang ni aku suka makan nasi goreng macam ni. Nasi goreng kosong jer, dan kalo makan ngan sambal belacan dan ikan goreng memang boleh bertambah2 sampai dua tiga pinggan. Patut ler badan aku gemuk masa kecik2 dulu...

Dan kalo guna minyak sapi lagi best. Aku yg tengah mendiet ni, gunakan butter jer. Sedap gak.


Kalo mak aku buat, dia cuma tumiskan bawang merah dan cili kering yang dipotong kecil. Lepas bawang kuning, pecahkan sebijik telur dan kacau. Pas tu masuk nasi dan rasa garamnya. Siap...
Itu style mak aku ler.. tp bila masuk ke dapur aku, dah diubaisuai sikit mengikut selera anak2. Aku tambahkan crabstik yang dipotong pendek masa tumis bawang dan cili tu. Kemudian, baru pecah telur.Masuk nasi, garam dan perasa, kacau goreng, dan SIAP.... senang jer kan...aku makan ler ngan keropok.



0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...