Isnin, 14 Jun 2010

Coklat chip muffin

Dah lama tak membaking, hari ni buat ler. Boleh gak makan2 masa pegi taman permainan petang nanti (kalo tak ujan ler....) Cian kat budak2, asyik terperap jer kat umah tgk kartun. Sabo yer anak2...



Bahan-bahan
100gm telur
75 gula perang
75 gm gula kastor
150 ml susu
150 ml minyak masak
250gm tepung gandum
15 gm serbuk penaik
15 gm serbuk koko
100 gm coklat cip

Cara:-
1. Campurkan telur bersama gula perang dan gula kastor. Kacau sebati.
2. Masukkan susu dan minyak ke dalam adunan telur dan kacau rata.
3. Gaul tepung, serbuk penaik bersama serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan. Kacau rata.
4. Masukkan coklat cip dan kacau rata
5. Masukkan adunan ke dalam paper cup yg diletakkan di dalam acuan muffin
6. Bakar sehingga masak pada suhu 190C lebih kurang 20 minit.


Ok.... nk masak plak ni.....

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...