Ahad, 6 Jun 2010

Roti John Sardin

Salam semua..sambung kisah pagi tadi.. aku baru jer balik dr buat rawatan gigi. Last skali aku sakit gigi masa mengandungkan si Along, 10 tahun lepas. Siap buat operation gigi untuk keluarkan tunggul yang tertinggal. Pas tu tampal gigi yg rosak. Masa tampal gigi tu, sakit ya rabbi, sampai terangkat monton aku..tu yang serik tu... tapi kali ni lain sikit.

Mula2 memang takut giler, tapi memikirkan sakit yang bakal ditempuhi, aku gagahkan jugak. Nah amik ko, sekali doktor check, banyaknya gigi yang rosak. Ada dekat 5 batang. Sume dh itam.

Doktor kata tak payah cabut, sbb gigi masih kuat lagi, so tampal jer.. first skali doktor bagi injection (2 injection kat kiri dan kanan pipi) pas tu baru ler sessi men'drill' gigi aku. Laaa...tak sakit rupanya. Tapi yang tak bestnya kena bukak mulut lama2. Itu yang boring tu. So aku decide buat 3 batang gigi dulu. Minggu depan buat lagi 2.Aku dh brani sikit...hehe..sebab tak sakit.

Sesapa yang penakut nk cabut/tampal gigi (mcm aku ni...) datanglah ke Klinik Pergigian Puncak Jalil. Doktornya memang baik dan ramah. Harga pun murah. Dan yang penting, TAK SAKIT !!!

OK...STOP CITER PASAL GIGI. Ni juadah minum petang kami. Cadang nk ke pasar malam beli roti john tapi tak jadi ler plak. So singgah kat Pasaraya Khas, beli barang2 buat roti john ni...




Resipi yang senang. Aku lenyekkan sardin dan campurkan dengan 2 bijik telur. Pas tu campakkan sikit bawang merah yang dipotong dadu halus2. Tambah sikit perisa dan garam.
Panaskan kuali dan curahkan sedikit adunan telur & sardin tadi. Tampal ler dengan roti hotdog. Bila dh masak, angkat dan sapu dengan mayonis, sos cili dan sos lada hitam. Tambah ler daun salad, tomato dan timun. Siap !!!




Ok..slamat menjamu selera untuk semua kengkawan....




p/s: Masa aku masukkan entri ni, masih ada rasa kebas pada mulut, kesan injection tadi tu. Time doktor inject pipi pun tak sakit taw... Lepas ni aku takdelah phobia giler nk pegi klinik gigi !!!

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...