Salam...huh, sejak anak2 sekolah pagi, mmg bz jer memanjang, tak sempat nk update blog ni. letih sungguh...sori yer kengkawan, tak sempat nk menjelajah ke rumah korang..insyaalah, time cuti ni lah yer....
Time ujan2 cenggini mmg best makan bihun sup. Ni fishball dengan bihun, cadang nk makan ngan kuetiau, tapi malas la plak nk g kedai beli kuetiau/mee. So bantai jer lah ngan bihun.
Sekarang ni, stok fish paste mmg sentiasa ada jer dalam esbox. Kuah sup ni pun daripada stok ikan tau..nantilah time senang sikit, aku edit balik, bgtau cara2 buat stok ikan ni. Mmg tak hanyir langsung, rasa mcm sup ayam jer...
Senang jer nk makan benda ni, celur bihun, taugeh dan sayur-sayuran yang berkenan di hati. Didihkan kuah sup, dan masukkan aneka fishball. Dh siap, bolehlah masukkan ke dalam pinggan. Tuang kuah sup dan tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng...siap!!!
3 ulasan:
jangan lupa edit balik ye ! tak pernah cuba buat stok ikan lar..
nampak sedapppp... malas nak cari mee/keutiaw, bihun pun sedap juga tambah2 kalau yg membuatnya pandai... kakchik nak tumpang makan la.
Salam Noorma..apa khabar? Sedapnya bihun tu..lama tak makan...
Catat Ulasan