Aku dh masak macam biasa. Makan tiga beranak jer lah tengahari ni.... tingat plak iklan kapal api, dh masak 'kaw-kaw' tapi laki dok melepak kedai kopi...kahkahkah...
Ayam Goreng Kunyit + sayur campur. Kegemaran Irfan
Ayam Goreng Kunyit + sayur campur. Kegemaran Irfan
Hari ni Irfan tak sekolah, sbb demam. Tetiba jer petang semalam dia demam. Lepas maghrib dh bawak g klinik. So hari ni rehat ler sehari...Hanya Along je ke sekolah.
Breakfast pagi ni, buatkan roti john sardin. Minggu lepas masa balik ke Melaka, tak sempat nk beli roti john kat pekan Sungai Udang. Roti John kat sana mmg popular. Sedap ke?? entah ler...boleh makan laa... (tu ikut tekak aku ler..kahkahkah...)
Tak brapa lengkap, takde salad, takde tomato. Hanya ada timun jer. Sume sbb nk cepat, Hang Jebat dh nak cepat pegi kerja.
Ok...aku nk siap 'berkungfu' lagi kat dapur ni? nk masak apa yer?? Kan bagus kalo dh ada senarai menu setiap hari. Takde la gugur rambut aku nk memikir lauk apa setiap hari...ish,ish,ish...
Tadaaaa !!!! Jus Alpukat cubaan pertama aku. Bagi ler Hang Jebat rasa sikit. (aku agak mesti dia geli geleman nk minum jus ni...) tapi lain plak jadinya. Dia kata sedap. Macam rasa air durian belanda pun ada.. Ish...laki aku ni...merepek jer..apa kena mengena jus durian belanda dengan jus avocado.
Ada sebijik lagi tu. Nk buat apa yer? tadi ada gak cari resepi, orang Mexico buat Guacamole (sejenis sos pencicah) Bantai ler labu...Jap lagi aku buat experiment lagi..hahaha...
Terujng pipit ni banyak tumbuh kat tepi2 hutan, kat Puncak Jalil ni pun ada...tp ni aku beli tawww...bukan kutip kat utan.. Nk buat sambal ni, senang jer..buat jer macam sambal ikan bilis biasa tu..pas tu campur jer lah ngan terung ni...
Sapa tak pernah makan, cuba lah.. masakan ala kampung...
Budu ni pembuka selera. Makan ngan ikan bakar dan ulam kacang botol & timun. Kat umah ni, sume suka Budu.
OK..sampai sini dulu.... si Ryan yang dalam buai tu dh bergerak2 (tanda dia dh nak bangun ler tu...) Si Irfan plak asyik membukak peti ais jer. (walopun baru lepas makan) ..apa ler yang dia cari tu..air kotak/jajan pastinya...ish,ish,ish....
Malam ni, jamu selera ngan megi goreng segera jenama Sedap. Kami memang suka beli mee goreng ni. Macam2 cara leh makan mee goreng ni. Sapa ada udang, ketam, penyu. atau kambing pun leh makan ngan mee goreng ni...wakahkahkah... Tapi aku goreng telur mata kerbau dan crab stick crackers. Layan jer lah....
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ – 1 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Cara menghidang:
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
Cerita hari ini : Letih...memindahkan pc ni ke bawah.. susah ler nk update blog guna laptop tu. Bila dh jenuh menaip, menyusun ayat, tiba2 tupp...padam.. salah tekan key jer..habis sume padam...tension betul..pas tu malas nk berebut laptop dengan Jebat. So baik ler pindah ke bawah..kat atas tu susah sikit sbb si kecik ni tak selesa dok atas..
dan..kat bawah ni, sambil main tenet, boleh jeling2 ke tv, boleh dengar anak2 berkelahi..itu yg penting..supaya diorang tak ber'maharajalela' depan tv..
Ni Oreo Choc, sbb ada biskut Oreo kat dalam tu. Trend sekarang.
yang ni plak ada inti almond gajus didalamnya. Aku lebih suka yang ini.
Taraaa !!! untuk anak2. Lolichoc.
Dan macam biasa, bila dh berdua jer kat rumah, ada le sorang yang jadi tukang sibuk. Dan dialah jugak yang jadi tukang rasa.
Beria-ia nak makan. Kesian la plak. So bagi sikit. Makan pun gelojoh, habis comot muka.
Dah bagi sikit,rasa sedap, mintak lagi... Sedap gamaknya, sampai kembang idong !!
Last2 nak pegang sendiri. Amik la anak oiii.. Lepas ni kita mandi
Semalam, aku bawak ler coklat ni pegi umah mak mertua aku, nk bagi ler dia rasa sikit. Tapi lain plak jadinya. Orang tua tu siap order untuk hari raya. Nak 50 biji oreo choc. Alamak..macam mana ni? aku bukannya reti nk menjual. Bila ditanya pada kengkawan yang menjual coklat, oreo choc ni berharga rm1.50 sebijik. Mak oiii...mahalnya, takkan aku nk letak harga mcm tu kat MIL aku. Orang tua tu plak satu hal, kalo kita bagi free, dia taknk, mesti nk membeli, katanya nk support bisnes menantu....kahkahkah..lepas ni nk rekomen kat kengkawan/jiran dia plak? .SO AMACAM? Aku nk letak harga rm0.80 jer lah...ok tak???
Boring plak bila hari2 kena masak. Agaknya inilah yang mak aku rasa dulu. Tapi walau apapun yang mak aku masak, tekak aku sume rasa sedap. Berpinggan-pinggan nasi aku tambah, sampai ler badan jadi tembun.
Takde idea nk masak apa? takkan kari lagi kot.. sup dh jemu, last2 buat jer lah masak lemak cili api, faberet Hang Jebat aku tuh. Dia mmg la suka lauk cenggini, tp anak2 tak boleh makan, pedas !!!
Sume orang pandai wat masak lemak cili api kan. Ni versi ori negeri sembilan. No bawang-bawang. No serai...Kali ni aku rencahkan dengan kubis jeruk. Siap satu lauk.
Takde ayam memang tak sah. Sekurang-kurangnya mesti ayam goreng. Hari ni buat sambal ayam plak. Nama jer sambal, tp tak brapa pedas, sbb aku buang semua biji cili kering tu. Irfan dan along memang suka lauk sambal macam ni.
Sup tauhu jepun ngan sayur campur. Aneka macam ada kat dalam tu.Pilih jer yang sesuai dengan tekak masing2.
Cerita hari ini : Mood tak brapa bagus la. Entah laa. Macam nk makan orang pun ada...hehehe...
Sepatutnya guna mee kuning, tp aku gantikan jer dengan bihun kaler kuning..wakahkahkah... layan jer lah. Ops..tersilap, takleh letak limau rupanya. Rasanya dh lain. Aku saja la letak limau tu, konon nk cantik ler..
Inilah penyedap fishball noodle ni, sambalnya. Takkan makan ngan sambal kicap tawww...lain rasanya...tu dah jadi jawa chinese noodle plak. Sambal ni menggunakan udang kering dan udang geragau. Memang best lah..
Masakan ni sepatutnya takleh letak kuah melimpah ruah macam aku buat tu. Kuahnya sepatutnya cukup2 jer melitupi mee tu, sbb kalo banyak sambal udang tu tak terasa la plak.
Terima kasih kepada Kak Yatie yang tak lokek berkongsi tip dan resipi. Baik kak yatie ni bgtau aku kat mana nk beli jem blueberry tu. Walaupun dia menerima tempahan biskut raya, tapi tak lokek berkongsi maklumat. Idak macam setengah orang tu.
TART GULUNG
Sumbangan : Kak Ita dari RNET
BAHAN A
250gm butter
2 st gula kastor
2 biji kuning telur
2 st esen vanilla (aku gantikan dengan blueberry esen)
*pewarna ungu
BAHAN B
200gm tepung jagung
180gm tepung gandum
CARA-CARA:
1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan bahan B & sebatikan menjadi doh yang lembut
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung & bentukkan & letak inti di dalam.
4. Bakar 25 minit.
Ni plak tart strawberry gulung.Yang ini aku guna resipi dari Kak Hanieliza. Mmg best.. Untuk kedua2 resipi ni, aku tak gliskan dengan telur. Cuma paipkan coklat putih untuk memberi kelainan.
Aku guna ikan patin buah. Hasil dari kolam sendiri. Kami memang bela patin untuk makan sendiri. Tak pernah jual pun, sebabnya tak sanggup nk makan patin yang beli kat pasar tu. Dia punya makan lebih kurang keli jer..
Patin yang sedang disiang. Ada la dalam berat sekilo. Patin bela sendiri,jenis Patin Buah, takde lah hanyir dan lemak tepu pun kurang. Isinya manis jer.. (bila masak ler..sapa plak nk rasa mentah2)
Korang tengok tak citer malam minggu lepas kat tv3, Ratu Cinta?? haaa..disebabkan citer tu ler aku teringin nak makan gulai tempoyak ni.
Nk resipi? sini jer...
Bahan-bahan
1 ekor ikan patin, dicuci bersih dan dipotong
- 3 ulas bawang kecil*
-15 biji cili padi * (ni versi pedas)
-1 inci kunyit hidup*
bahan2 * ditumbuk halus
-1 batang serai-diketuk
-1-2 keping asam keping
-1 cawan tempoyak (kalo tempoyak masam, tak payah letak asam keping)
-segenggam daun kesom
-1 batang bunga kantan-dipotong 4
-1 biji timun ladang/coklat -dikikis kulitnya dan dibuang empulur dalamnya - dipotong baji
-air secukupnya
-garam,perasa
Cara-cara
Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama serai diketuk, bunga kantan, tempoyak, dan air.
Biar mendidih sebentar agar cili masak (nanti masih ada bau cili padi..tak sedap)
Tambah air dan biar mendidih lagi.
Bolehlah dimasukkan ikan. Kalo kurang masam, boleh tambah asam keping.
Masukkan timun dan biar mendidih lagi.
Tambah daun kesum dan masukkan garam dan perasa.
Biar seketika dan bolehlah diangkat. Siap..
Cubalah...pasti tak menyesal dan hirup kuah tu sampai ke titisan yang terakhir..Lauk sampingan hari ini, untuk anak2. Ayam Masak Kicap wif kentang.
Resipi ni dapat dari SriKasih Sesekali mencuba kelainan, apa salahnyer kan.
Bahan-bahannya:
# 1 bungkus mi kuning (untuk empat orang makan)
# 1/2 cawan kerang rebus
# 1/2 cawan udang sederhana, buang kepala
# 2 biji telur, pukul sedikit
# 3 tangkai sawi, potong 2 inci
# 2 cawan tauge, bersihkan
# 1 cawan kucai (potong mengikut kreativiti anda untuk menghias)
# 1 biji cili merah, hiris nipis
# 1 keping tahu, kiub dan goreng
# 2 sudu besar cili boh (cili boh untuk mi goreng mamak berbeza dengan gorengan biasa kerana dicampur dengan belacan dan hendaklah dibakar sebelum ditumbuk bersama bahan lain dan digaul bersama cili boh berkenaan)
# 1 kiub perisa
# 3 sudu besar sos tomato
# 3 sudu besar serbuk kacang sate atau pecal
# Kicap manis
# Garam secukup rasa
# 3 biji telur rebus
# Bawang goreng
# Limau kasturi
# Daun sup dan daun bawang
Bahan tumbuk:
# 3 ulas bawang putih
# 3 ulas bawang merah
# 2 batang serai
Cara membuatnya:
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili boh dan kiub perisa, goreng sebentar.
2. Kemudian masukkan udang dan mee. kacau lagi. Masukkan telur, kerang, kicap dan sos tomato. Kacau lagi kemudian masukkan sawi, kucai, tauhu serbuk kacang, cili.
3. Akhir sekali masukkan tauge. Jika kurang masin boleh tambahkan garam atau kicap masin.
4. Angkat dan letakkan ke dalam mangkuk atau pinggan besar. Hiaskan dengan bawang goreng, telur rebus, hirisan limau kasturi, daun sup dan daun bawang.
Guna nenas sarawak yang beli ari tuh kat Semenyih. Memang manis, tak payah letak gula pun takpe.
isi dalam donut ni gebu dan lembut jer
Donut yang sedang digoreng...awas nanti itam...