Selasa, 20 Januari 2009

Paprik Seafood

Menu hari ini. Malas nk masak kari, kurma atau dalca. Masak ni senang jer, main campak-campak, pas tu kacau goreng...dh siap.

Bahan-bahan
500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong,
udang,
daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa


Cara-cara
Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan,
kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau,
kemudian masukkan garam.
Masukkan sos tiram dan biar sebentar.
Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran.
Biarkan hingga masak.
Masukkan daun limau purut untuk baunya.
Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.


3 corat coret:

kakchik berkata...

Oh, sedapnya.... huhuhu kalaulah berada di rumah ketika ini taklah daku terpaksa memakan mamee sup bunjuut pedas terer ini. Melihat lauk noorma ni tambah-tambahlah sedeynya...gulp, gulp.

Noorma berkata...

La kak chik, sabo la, balik umah nanti leh masak sedap-sedap yer....

ela berkata...

kak noorma..la sama la lauk kita nih...hihihi..ela pun wat papdrik semalam uhuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...