Khamis, 25 Jun 2009

Sosej Muffin

Ni breakfast pagi ni. Ala2 kat mcD gitu. Jenuh memikirkan nk bagi anak2 makan apa. Last2 dpt idea ni.



Bahan-bahan
-2 biji bun (kalo guna roti putih pun takpe)
-2 batang sosej
-2 biji telur
-lada sulah- kalo suka
-secubit garam
-mayonis
-sos cili
-daun salad
-tomato
-timun
(untuk anak2 aku tak letak ler..sbb diorang mmg tak makan sayur)

Cara-cara
1.Cincang/hancurkan sosej.(aku tekan ngan garfu jer)
2.Telur dipukul. Campur secubit garam dan lada sulah jika suka
3.Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak. Ambil acuan gegelang dan letakkan atas kuali tadi
4.Masukkan sosej yg hancur tadi dalam acuan gegelang. Tekan biar padat. Kemudian curahkan telur. Biar hingga telur keras sedikit barulah dikeluarkan gegelang dan diterbalikkan.
5. Biar hingga masak.
6.Angkat dan letak di atas roti.Kemudian boleh dipancutkan mayonis dan sos cili. Bagi sesiapa yg suka sayur, bolehlah letak sayur.
Siap...Slamat Mencuba




Nk citer sikit kisah semalam.... dari pagi membawak ke petang aku bz la sikit. Bangun pagi kena bersihkan umah. Almaklum ler...ada tetamu nk datang umah kan.. so aku pun sapu, mop, kemas umah, itu ini. Sampai la memanjat untuk cuci kipas..... Aduh...penat sungguh. Selalu tu ada Hang Jebat tolong. Kali ni aku buat sorang2. Itulah kalo orang tak datang, idak ler nk mengemas. Laki aku kata, kalo mcm ni baik ler orang datang umah hari2, supaya rumah kemas dan bersih jer...ha,ha,ha.....

Lebih kurang pukul 2, aku pegi plak ke Bukit Antarabangsa, amik stok ikan keli (sbb stok ikan kat umah ni dh tak mencukupi) Sampai jer umah, lebih kurang pukul 4, hujan plak turun. Aku pun mulalah keluarkan sayur, ayam dll. Masak mee jer untuk kak Ina. Sambil tu buat sardin puff (ada 3 keping jer pastri puff dalam esbox) ...takpe lah..buat jer...

Dalam pukul 6, kak Ina pun sampai dengan 2 orang anaknya. Dia kata nk singgah sekejap jer. Ada hal lain. Sembang pun sekejap jer. Sambil makan, sambil sembang, pas tu snap gambo (nk wat bukti sbb dh sampai umah aku katanyer) he,he....

Untuk kak Ina, lain kali datang yer. Sori tak sempat nk tangkap ikan keli untuk bagi kat akak semalam. Hari plak ujan. Len kali yer akak!



5 corat coret:

kak ina kl berkata...

salam noorma..terima kasih ye atas layanan kamu...akak kelam kelibut..banyak urusan..tak boleh nak menyembang lama..ingat nak tenguk kolam ikan keli...hujanlah pulak..ralat rasanya...bila dah sampai esso imran kata alamak ruginya tak gi tgk ikan keli tu...

si imran siap puji tau kata mee kamu sedap...kan dia tambah semalam...lepas kenyang makan mee dia tidur sampai kat kolej kakak dia...

mcm tu bolehlah datang selalu ek...mcm hang jebat kamu kata tu..barulah bersih rumah..patutlah bersinar-sinar lantai rumah kamu tu...

terima kasih daun keladi bagi pinggan lama tu...kalau ada mintaklah lagi ye....kwang..kwang...kwang..

zai@umiaiman berkata...

bagus juga menu ni.. idea yg baik utk sarapan sok pagi ni...:)

Noorma berkata...

kak Ina KL - akak, sebenarnya saya wat iklan pencuci lantai, Ajax Fabulosso...kah,kah,kah.... insyaalah, kalo ada lagi conform lah saya bagi kat akak!! nanti kalo bukak muzium pinggan, jangan lupa saya yer..ha,ha...

zai@umiaiman - ha..cuba yer..jangan tak cuba..senang jer tuh...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Noorma, kita sahur + bekfes abe ngan bebudak smlam pun buat burger gak tapi tak letak sosej lar...telur jer..

Noorma berkata...

sahur makan burger telur jer? tahan ker, kalo saya mesti nk sahur ngan nasik gak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...