Isnin, 29 Jun 2009

Daging Kandar Kak Asma

Hari ni masak daging pulak. resepi dr kak Asma yg glamour tuh..kat MYR ramai yang dh cuba, dan sume puji sedap. So aku yang memang suka makan lauk cenggini, tak lepaskan peluang untuk mencuba. Selama ni buat guna perencah Kari Nasi Kandar Megi tuh jer. Ni dh dapat resepi, tak payah la beli perencah tu lagi. Jimat sikit. Time kasih akak..



Bahan-bahan
-1/2 kg daging
-6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
-2 sudu besar kicap pekat maggi
-2 sudu besar sos tomato
-2 sudu besar sos cili
-2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
-1 labu bawang besar(dimayang)
-1 ulas bawang putih (dimayang)
-Kulit kayu manis dan bunga lawang
-sedikit daun kari
-garam dan perasa

Cara-cara
-Daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
-Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
-Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
-Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
-Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
-Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
*Sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Sapa yang belum cuba tuh, cepat2 pegi beli daging dan masak lauk ni..sedap oooo...rugi sapa yang tak cuba...






3 corat coret:

kak ina kl berkata...

salam noorma aka ina...sedapnya daging kandar ni...nak buatlah bila ada stok daging..

terima kasihlah sudi buat tag..kereta tulah yang skrg kami guna....mana ada beli kereta bar lagi....ekonomi meleset..kena jimat cermat...

Noorma berkata...

kak ina, memang sedap akak, cuba lah...ekonomi meleset ni sume kena jimat cermat, tapi bagi saya tang makan tu payah ler sikit nk jimat, kang kempunan plak..he,he,,,,

blogresipi berkata...

Macam rendang pulak ye daging nie... kalau makan dengan lempeng pun sodap nie.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...