Rabu, 3 Jun 2009

Donut & Burger Malaysia

Lama plak tak buat donut ni. Sudah rindu laaa....

Bila dh buat donut, setengah adunan lagi diperuntukkan untuk buat burger malaysia. Best!!!


Bahan A
-3 cawan tepung gandum
-3 sudu besar susu tepung
-3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
-3 sudu besar gula caster

Bahan B
-200ml air suam
-2 sudu teh instant yeast =>
-20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.

Cara-cara
1. Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
2. Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
5. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

Burger Malaysia ni paberet along. Terpaksa lah aku buat sambal tumis ikan bilis....alahai anak omak!!!


0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...