Rabu, 3 Jun 2009

Gulai Lemak Cili Padi Telur Itik + Mangga

Menu hari ini. Masak lemak telur itik campur mangga muda. Paberet Hang Jebat. Kalo wat lauk cenggini, makan bertambah-tambah. Seronok tengok kalo laki aku gemuk. At lease takde sapa nk ngorat...kah,kah,kah..... Biarlah aku jer yg tahu apa yg baik dan hensome laki aku tuh...he,he....

Masa masak lauk ni, teringat plak kat Farah(mummy otai) tu. Dia masak lauk ni masa adik dia datang umah. Mula2 adik dia tak tau benda tu telur itik, tp bila dh tau terus berenti makan...cian plak kat budak tu. Dh ler terencat nk makan. Terbantut selera. Yg ko gi cakap kat dia benda tu telur itik kenapa. Biarlah dia habis makan dulu !!!

Masa kecik2 dulu aku pun tak makan telur itik ni. Sebabnyer kat kampung aku dulu ada jiran bela itik. Punyalah busuk. Pas tu itik tu suka plak main kotor. Satu hari, time aku lari2 (tengah main) kaki aku terpelecok. Mak dan kakak aku gelakkan aku, katanya kaki aku lembik mcam itik. Start ari tuh, terus aku tak makan telur itik tu, konon nk bagi kaki keras ler. Tapi aku tak pernah menang pun tiap kali masuk acara lumba lari. Yg pasti, tempat tercorot!!!


Gulai lemak cili padi telur itik dan mangga muda. Wat style negeri sembilan.No bawang, no serai. Laki aku tu, kalo letak bawang dia mesti tau. Agaknya lidah dia dh serasi dengan lauk mcm ni kot.

Ikan kembung wat sambal. Kalo ada lauk warna kuning, mesti ada lauk warna merah, jadilah bendera Negeri Selangor..he,he... kan duduk pun dalam negeri Selangor.

Lala rebus. Lauk untuk anak-anakku yg takleh makan pedas.



5 corat coret:

Myza Pesona berkata...

Salam Noorma. Sedapnya menu tengahari awak! Mintak sikit, hehehe!

mommy otai berkata...

kakkk..saje je kan msuk nama kite..malu tau..mujur la tk seglem akak pye blog..lalalalaaaa...

Psstt..pdn muke adk kite kan..kan..hahahhahaa..(gelak jht)

Noorma berkata...

Myza- meh ler joint lunch sama2

farah- eh, farah kan glamour jugak..cun melecun lagi , he,he.....

zai@umiaiman berkata...

masak lemak tu makna nyer just masukkan santan, teluk n kunyit+garam jer la yer kak?

Noorma berkata...

zai- dik, kalo nk buat style negeri sembilan, cuma tumbukkan cili padi, garam dan kunyit hidup sampai lumat, kemudian masukkan dalam periuk dan letak santan...sukati ler nk letak ayam ker, ikan ker, daging, telur atau apa saja...tp takde bawang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...