Asam Pedas Ikan Kembung

Ada berbagai jenis asam pedas. Ni kira asam pedas rebus ler sebab tak pakai minyak. Tapi kalo ikut style mak mertua aku, dia campak jer bawang, pes cili dan asam keping. Tak pakai serai dll. Tapi respi ni original dr mak aku (kedah style)
Bahan-bahan
>ikan kembung
>bawang merah*
>belacan*
>kunyit serbuk
>biji ketumbar (rempah biji)
>serai*
>pes cili kering
>asam keping
>daun kesum
>bunga kantan-dibelah 4
>garam, perasa
>bendi (kalo suka)
Cara-cara
1.Bahan bertanda * ditumbuk/blender halus
2.Ikan dicuci bersih dan ketepikan
3.Masukkan bahan yang dikisar halus tadi ke dalam periuk, bersama dengan garam, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan perasa. Tambah sedikit air.
4.Rebus sebentar bahan-bahan tadi. (untuk hilangkan bau cili kering, dll)
5.Tambah air untuk sebanyak mana kuah yang dikehendaki.
6.Biar kuah menggelegak dulu, baru masukkan ikan.
7.Kemudian, masukkan bendi / sayur2 lain.
8. Siap
(untuk lagi sedap, semasa menghidang, hiris halus daun kesum dan tabur diatas kuah)


Ulasan
Memang sesuai untuk orang diet.
Lepas ni singgang ikan pulak ya Noorma. Gilir2, insya-Allah kempislah perut tu.
xpelah...aku diet pelan2...smoga aku berjaya, kahhhhhhh