Jumaat, 26 November 2010

Nasi Daging & Air Asam

Salam Jumaat buat semua. Hari ni masak cepat sikit, sbb ada urusan kat luar. So..inilah yang cepat pun. All in one!

Nasi ni dh terlebih air, tp tak pulak lembik...walaupun guna beras wangi, dia patah2 jugak sbb terlebih air tu ler... (ni versi nak cepat, so tak sempat nk hias dengan segala bagai)

Bahan-bahan:
* 250 gm daging (hiris sederhana dan rebus dengan halia hingga lembut)
* 2 cawan beras (dibersihkan)
* 2 cawan air rebusan daging
* 1/4 cawan susu cair
* 1 sudu besar rempah kurma (dibancuh)
* daun pandan
* 1/2 tomato (dicincang)
* garam dan gula
* daun ketumbar

Bahan tumis:
* kulit kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 kuntum buah pelaga
* 1 bawang besar (dimayang)
* 1 ulas bawang putih (diketuk)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak zaitun.
2. Tumis kesemua bahan tumis sehingga naik bau
3. Masukkan rempah kurma, biar sehingga wangi
4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
5. Masukkan beras. Biar sehingga masak
6. Taburkan daun ketumbar dan hidang bersama air asam.


Resepi air asam.

Bahan A: (blend)
* asam jawa
* cili padi
* tomato
* belacan
* kerisik
* gula
* garam

Bahan B : (potong)
* tomato
* bawang besar
* cili padi
* beberapa helai daun kesum-dihiris halus

Cara2:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.




Alamak..bersememeh mangkuk ni...



Ok...sampai sini dulu.

6 ulasan:

Mas berkata...

sedapnya kak nasi daging ngan air asam, mas suka...

mar berkata...

kt sini jarang ada nasi daging..belah utara byk

wantong berkata...

terliur

Noor Fatin berkata...

mama sy selalu buat..nyum3!!

Cendana Kasih berkata...

Ni first time buat kat rumah ni..almaklum ler..Jebat akak tu nasi minyak ni dia kureng sikit..tp takkan asyik nk ikut tekan dia jer kan..memandangkan daging dh banyak, so akak buat ler nasi daging ni..mmg sedap pon,,tak rugi mencuba...adik2 sekalian kena cuba juga

mar berkata...

tula kena cuba..klu tak cuba alamatnya telan air liur jela kak..ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...