Isnin, 1 November 2010

Bingka Ubi Kayu

Salam... breakfast pagi ni dengan kuih tradisional la plak. Bingka Ubi Kayu. Kalau dulu kat kampung, mmg banyak ubi kayu ni, mak aku pun slalu buat, tapi masa tu aku tak teringin plak nk makan. Skang dh dok KL, dh jauh dengan mak, mula la teringin nak makan segala kuih kampung ni. Nak beli? biasalah... dh tau rasanya macam mana kan...


Bahan-bahan
1.4kg ubi kayu parut
1 cawan air sejuk
2 3/4 cawan santan
480g gula pasir
3 sudu makan tepung gandum
3 biji telur (di pukul)
1 sudu makan butter, dicairkan
1 1/2 sudu teh vanilla
1 1/2 sudu teh garam
pewarna kuning

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 175 degrees C
2. Oleskan minyak pada sekeliling dan bawah tin pembakar (9 x 9 x 3) dan alaskan dengan kertas minyak/parchment paper.
3. Campurkan ubi parut dan air sejuk. Gaulkan hingga rata. Kemudian perahkan ubi kayu dengan menggunakan kain muslin dan perapkan airnya selama 1/2 jam. Biarkan sagunya mendap dan perlahan-lahan buangkan airnya. Ambil sagu yang telah mendap tadi dan gaulkan bersama ubi kayu yang telah diperah tadi gaul hingga rata dan ketepikan.
4. Santan, gula, tepung jagung, telur,butter, vanilla dan garam di satukan. Dengan menggunakan whisker, kacau hingga sebati. Masak hingga panas sahaja (jangan biarkan mendidih). Campurkan adunan santan yang masih panas dengan ubi kayu tadi dan aduk hingga sebati. Masukkan pewarna kuning dan aduk lagi.
5. Tuangkan adunan ubi kayu tadi kedalam tin pembakar dan bakar selama 1 - 1/2 jam atau hingga permukaan kuih garing. Sejukkan dulu sebelum di potong.



Masih tak setanding dengan mak aku buat. Kurang lemak manisnya dan bakar pun guna oven jer. Yelah, mak aku bakar guna kayu arang, dan lapik plak dengan tempurung kelapa yang dibakar. (mcm citer Kampung Boy tu. Mak si Mat masuk pertandingan memasak kat KL...eh..korang tengok ke? aku tiap2 hari tengok citer kampung boy tu...hehehe...)

4 ulasan:

azian berkata...

hahaha memang dok terbayang citer kampong boy tu....

Watierman berkata...

Salam kenal Dik Noorma...Akak ni memang pengemar bengkang ubi kayu@ bingka ubi ni.....kerap juga Akak buat...tapi Akak tak guna telur...kalau nak try resepi sila ke blog Akak!Akak dah pernah try wat resepi yg letak telur...tapi memang rasanya tak sama dengan yang sepatutnya.....!

Mas berkata...

wahh...pepagi dah nampak bingka ubi kayu..sedappnya....mas selalu beli jer bingka ubi kayu ni...

CatlinaFly berkata...

huhu ari ni bengkek sebab kantin tak jual kuih..suke mkn kuih as dessert lepas makan berat utk sarapan..kak nak tapau sikit leh?hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...