Sabtu, 6 November 2010

Bihun Sup Utara

Salam.. apa khabar hari ini? tempat korang banjir tak? sedih dengar berita banjir di Kedah dh mencecah 40ribu orang. Rumah Menteri Besar pun sama kena banjir.. tp kat KL ni?? fuh...satu titik ujan pun tarak. Setakat mendung...tak bererti hujan !

Hari ni aku masak sup tulang. Masak nasi ler.. ada gak la lauk2 lain.. tp aku lebih suka makan ngan bihun..

Resipi ni aku amik dr Mesra.Net.

Bahan-bahan
600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara
Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm.
Bersihkan tulang dan rebus bersama garam. Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi.
Masak selama 1 jam.
Celur bihun dan ketepikan.
Celur tauge dan lobak masin. Ketepikan.
Mayang bawang merah dan goreng.
Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis.
Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus.
Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin.
Masukkan garam dan gula. Angkat dan ketepikan.
Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge.
Tuangkan kuah ke atas bihun. Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis. Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.


Nak pegi mana yer petang ni?? minggu lepas dh ke Wet Land..tp hari sabtu ni anak2 payah nk g jenjalan, sebabnya pukul 7 diorang dh start nk tengok katun Crayon Shin Chan, lepas tu sambung plak ngan Doraemon. Kalau terlepas mmg ler frust !!

4 corat coret:

cikmar berkata...

smlm mkn bihun sup utara kt giant..mak ckp tak sedap sgt..yela mana nak sama dgn cik noorma watkan..nmpak sedap jer..hehe..betul ke klu bihun sup utara ni dorang letak taucu yg dikisar?mak ckp laa..

cikmanggis berkata...

hai sedapnya nampak tulang tu..yum yum....kalau Putrajaya banjir rasanya semua negeri kat Malaysia ni tenggelam hehe.alhamdulillah:)

Noorma Ismail berkata...

CikMar - letak taucu kisar? entah laa.. tak pasti plak..tp saya mmg tak pernah letak, setakat letak kacang tanah tu ada lah..itupun masa nk makan, tabur atas kuah..

CikManggis- kawasan rumah saya ni berisiko kena banjir, sbb kawsan rendah.. dh tu umah saya belakang skali plak tu, beberapa langkah jer ngan monsun drain(longkang besar) kalo ujan air mmg cepat naik, tambah plak air dr highway KL-Putrajaya tu..

cikmar berkata...

ha'a..nk bagi rasa mcm masam2 skit..mcm kat pekan rabu tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...