Sabtu, 27 November 2010

Apam Beras Salju

Salam semua. Untuk adik2 yang menerjah ke blog akak hari ni, jemput makan apam beras ni yer..hari ni nasi-nasik takde, coz hari ni tak periuk nasi coti.. semua ditanggung beres oleh my Jebat. Pagi tadi selesai makan nasi lemak berlauk.So dh kenyang. Harap2 ari ni semua makanan ditaja.. hehehe

Dan bila bukak jer blog pagi tadi, nampak plak mesej dr CikPuan Anna, tanya mana apamnyer? ooo..yer tak yer kan. Semalam bukan main bersemangat terjah blog dia..boleh tgk sini

Sumber : Cha@myresipi
Copy dari umah : Anna

Bahan-bahan
* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
* 2 1/2 cwn air
* 2 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Aku mmg tak pandai buat apam, asal buat jer mmg tak pernah nk senyum pun. Mungkin aku sendiri tak senyum masa masak apam ni kot..entah ler..hahaha 

2 ulasan:

Anna Qawina berkata...

woowwwww..chateknya apam..kita punya serabai jek..hihi..
esok nak ke Serdang..MAHA 2010...pastu nak ke Seri kembangan umah adik...kalo terjumpa tlg bawak coklat..hihi...gurau je...

mar berkata...

lawa merah kuih apam ni kak...takpela tak senyum...asalkan tuan yg makan tu senyum masa makan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...