Jumaat, 30 April 2010

Mee Rebus

Salam


Taip2 hari kena masak, sampai takde idea nk masak lauk apa. Anak2 plak tak mo makan ikan, coz diorang takut tercekik tulang..so masak ler ayam, ayam dan ayam...tambahan plak ayam kat Giant skang ni pun tengah murah..so membeli tak serupa ingat..

Aku ni tengah bengkak gusi, gara2 hari2 dok mengadap ayam.. (gigi sensitif kot..kena pakai ubat gigi Sensodine ler lepas ni...)

Hari ni kita makan mee rebus plak yer..boring ler hari2 mentekedarah nasi jer.. (huish..ayat tension tu...)



Anak2 aku tak brapa minat sangat nk makan mee rebus ni, terutama sekali Irfan, dia mesti nk mencari nasi...makan jer lah anak oiii... sesekali kita rehatkan perut daripada menghadap nasi dan lauk ayam...he,he.....

Bahan-bahan
1 kg mee kuning - direbus

* untuk kuah
15 - 20 tangkai cabai kering - digoreng terlebih dahulu
5 ketul ubi kentang @ ubi keledik( agak2 sama dengan saiz ubi kentang tu la) rebus dahulu
asam jawa sebesar ibu jari - goreng dulu juga
500g udang kecil- direbus
500g udang besar- direbus
4 ulas bwg putih - diketuk
daun sup
kacang tanah- digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
5 liter air, garam dan gula secukupnya
2 biji tomato - potong dadu

*bahan tabur :- 4 biji telor potong bulat2
daging direbus dan dipotong nipis2
cucur udang - potong nipis
cili - dipotong nipis2
bawang goreng dan limau nipis
daun sup dan daun bawang
taugeh direbus
tauhu digoreng dan dipotong dadu

Cara-cara
1.cara buat kuah :- kisar cili kering, ubi dan udang kecil
2.tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bahan yang dikisar. masukkan air. kemudian perahkan air asam jawa dan masukkan kedalam kuah. kemudian masukkan pula udang besar.
3.bila dah mendidih masukan masukkan gula , garam, sebuk kacang, daun sup dan tomato. kacang tu ikut la jgn terlalu banyak takut pekat sangat kuahnya
4.biarkan ia mendidih sekejap barulah tutup api, bolehlah dihidang bersama2 bahan untuk tabur tadi
5.boleh tambah air jika kuah terlalu pekat


Malam nanti kena cari nasi jugak..sian plak kat Irfan

2 corat coret:

geraugebang berkata...

ambo tersangatlah suka dengan mee rebus ni...

kakchik berkata...

salam noorma. kalau anak2 tak mau makan mee ni, biar kakchik je yang tolong makan, hehe. kakchik memang suka semua jenis masakan mee. mee rebus noorma tu sangatlah menggodanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...