Selasa, 6 April 2010

Fried Wantan Mee

Breakfast hari ni, buat mee wantan goreng la plak. Kes malas nk pegi kedai beli mee kuning, check dalam esbox tengok wantan mee jer yang ada. Nk masak bihun, macam dh jemu ler plak...



Bahan-bahan
-mee wantan-dicelur dahulu dan toskan
-3 ulas bawang putih-ditumbuk
-1 sudu kecil serbuk lada sulah
-isi ayam secukupnya
-udang
-sos tiram
-kicap pekat
-sayur kubis cina (takde sawi)
-beberapa titik minyak bijan
-minyak masak secukupnya
-garam, perasa

Cara-cara
-Dalam kuali, masukkan sedikit minyak bijan dan minyak masak.
-Tumis bawang putih yang ditumbuk hingga naik bau
-Masukkan serbuk lada sulah, kacau lagi
-Masukkan pula isi ayam, diikuti dengan udang
-Bila ayam sudah masak, masukkan sos tiram dan kicap pekat
-Kacau dan masukkan mee wantan.
-Gaul hingga kicap dan bahan2 lain sebati.
-Masukkan sayur, garam dan perasa.
-Kacau lagi dan SIAP !!


Oklah..nk siapkan untuk makan tengahari plak.. Inilah rutin harianku, masak,masak dan masak.. apasal aku tak amik kursus masakan dulu ek?



0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...