Selasa, 20 April 2010

Kuih Lapis

Salam semua... dh jemu makan masalodeh tu, petang ni aku jamu korang dengan kuih lapis plak. Sekali lagi kawan aku Siti Suhaida yg duduk kat Setiawangsa tu buat aku ngences (cewah..bahasa jawa lah plak...) Dia buat kuih ni minggu lepas, so start hari tu, aku bertagak-tagak nk buat...sampai ler hari ini...

Ada macam bendera sekolah tak?? wakahkahkah.....


Resipi, amik dr MYR.. aku memang stick dengan resipi ni jer, memang sedap dan senang nk membuatnyer.. mak mertua aku pun puji..wakahkahkah.... nk terkeluar plak isi perut bila masuk bakul angkat sendiri...

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air

Cara-cara
1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2.Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8.* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak





Sesapa yang dok area Setiawangsa, dan nk tempah kek, muffin, cup cakes atau kuih2 tradisional untuk parti dsb, bolehlah contack kawan aku Siti Suhaida tu.. dia memang teror bab buat kek dan kuih ni...



3 corat coret:

ijan berkata...

Wah... ada kaler biru yang tak tahan tu kak. heheh

zarina berkata...

camne rupa plastik cling tu? parchment paper ke?

Noorma berkata...

Ijan, sebenonyer akak tak tau nk letak kaler apa..setakat 2 jenis warna, boring la plak... tu yg tambah kaler biru tu..

Zarina - resipi ni c&p dr myresipi, masa saya buat kuih ni,lapis macam biasa jer, abaikanlah plastik sling tu.. tp kalo lapik daun pandan kat bawah loyang, lagi wangi, saya pernah buat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...